Posts

Showing posts from 2019

Hari Seterusnya

bismilahirahmanirahim menjadi positif bukan mudah macam di sangka aku sendiri tak tahu bagaimana aku menjadi seorang yang sangat positif satu ketika dahulu dan aku tahu saat ini semua benda yang aku tahu, reti, meskipun pakar buat tapi akhirnya aku jadi takut dan taktahu susah sebenarnya tapi aku penat sangat nak cuba segalanya pahit letih tak bermaya lalu aku jadi mati tanpa aku sedari tiada siapa yang tahu tahap kepayahannya bagaimana peritnya cuma Allah yang tahu.  ********************** Nisrina Syaurah

The Struggle Are Real

bismilahirahmanirahim the struggle are real i want to tell everybody how sick I am how tired I am how bad I am how I want someone to help me but I can't at this moment yeah, you know thousand people love you but at this stage nobody stand up with you and I that I can do is crying and crying badly feeling useless i hate pills i hate any kind of ubat ubatan that they force me to take i hate the moment they said i soo manja cannot solve my own feeling i just hate everything i hate i have nobody really understand the pain i hate when i cant tell even my bestfriend how sick i am i hate my self i just want to end this i hate when people says sebab tak solat lah ni lemah iman tak jaga solat ni tak jaga relationship dengan manusia you know what? get lost i didnt need toxic people like you guys stop preach me stop ask to me to do my ibadah because you just dont know how struggle i am i hate everything!!!!!!!!

XVI

bismilahirahmanirahim "how's everything?" aplikasi mesej berwarna hijau di pandang sepi. sudah berapa hari Erin tidak bertanya tentang dia. Hari ini mesej tentang khabar memulakan bicara. "okay, middle of going down." "kenapa?" "entah." sampai situ perbualannya dengan Erin. Dia tidak berminat untuk tahu lebih lanjut. juga tidak berminat bercerita lebih lanjut. Kemudian dia bangun. Celahan rak buku di capai satu naskah. Kembali berbaring di tilam. perlahan dia buka di tengah-tengah naskhah tersebut. Kalau dengan derita itu bahagia. aku pilih derita. sebaris ayat cukup sahaja membuat dia mual. naskhah itu kembali di campak ke tepi tilam. kepala turut berpinar. Seketika dia berasa di awangan. Jelas kelihatan di matanya, langit biru tanpa silau, burung berterbangan juga angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Ah sudah, aku berkhayal lagi. Kali ini dia tidak bangun terus. seakan ada lagi yang menanti di

Dendamku

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt aku sangat bosan dengan cara aku menulis sebab selepas berperenggan aku mesti padam dan waktu tu aku sangat tidak puas hati terhadap diri aku sendiri kemudian aku akan membaca sehelai dua  kemudian aku jadi malas dan berhari2 aku cuma mendengar video-video tentang ilmu dunia juga akhirat di youtube kemudian tidak menulis kemudian makan dan tidur semula rutin yang aku tak pernah puas namun tetap sahaja sampai bila harus begini tidak mudah tapi aku tahu aku perlu mencuba tapi tak mengapa aku benci sebenarnya bila orang kata aku stress aku tak suka aku cuma suka apa aku buat aku benci bila ada orang konon ambil kisah aku rasa sakit hati entah aku tak tahu mungkin cara mereka menghukum soalah mereka tahu banyak benda membuat aku rasa mual dan menyampah lagi-lagi bila orang kata kononnya aku yang mengada macam mana nak sihat macam ni hey kamu kalau tidak tahu jangan ya sok tahu jangan

XV

bismilahirahmanirahim Sejenak aku tergamam. Sukar untuk aku memahami riak wajah dia. Lalu aku pilih untuk pergi dan diam tanpa bicara.  Selang 3 hari kemudian. aku duduk semeja dengan Zaiha. "Awak nampak lain. Kali terakhir kita jumpa awak. Awak tak macam sekarang pun." aku pamer senyum. Tak banyak mahu aku katakan pada Zaiha. Paling tidak aku cuma boleh jelaskan pada dia. "Penat kut awak." Air coklat di atas meja di sedut perlahan. Mata cuba mengelak untuk bertatapan dengan anak mata Zaiha. Bukan apa. Takut juga kalau Zaiha tahu apa yang sedang bergelodak dalam jiwa. "Awak tabah tahu tak? Kita tak pernah jumpa orang setabah awak. Kalau kita tak tempat awak. Kita tak tahu nak buat macam mana." aku senyum lagi. kalau lah Zaiha tahu peritnya bagaimana menghadapi semua ini. celah mana aku boleh letakkan tabah itu. "Mak awak tak cakap apa?" Zaiha rapat dengan mak. mak pun selesa dengan Zaiha. tapi Zaiha

Review: Sugar? Yes, Please by Rehan Makhtar

Image
bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Review Buku Hari ini ialah  SUGAR? YES, PLEASE Hah tajuk Bahasa Inggeris kan? Cerita Melayu yer. So aku beli masa PBAKL 2019 basically copy yang aku ada ialah cetakan pertama. antara buku terawal aku habiskan dalam berpuluh buku aku borong masa tu. haha buka muka surat kedua. ayat penulis paling indah buatmu yang sedang merasai pahitnya ujian,  iman itu penawar yang semanis gula. rekabentuk kulit muka sesuatu yang aku suka. sebelum baca aku tau dah mesti pasal kopi ni. dah sangat seronok sebab Hero dia pandai bancuh kopi. here comes my favorite barista. (Kalau dia wujud in real life) haha okay berbalik pada cerita ini ini kisah tentang Edian. Edian yang sangat akur pada kehendak orang tuanya. semua kemahuan mereka sangat dia turuti. Sampailah dia jumpa Nel. membuat dia tersedar sesuatu. Betul ke apa yang dia buat selama ini. Ini tentang Nel. Nel yang tanpa sengaja terjatuh

XIV

bismilahirahmanirahim "Rina." cara dia melagukan nama ku kedengaran indah sekali.  "mengapa sukar untuk di tebak hati kau?" aku cuba sandar ke kerusi dengan tenang. sambil menahan debar di hati. "jika aku beri jawapan, adakah kau akan cuba untuk mengaplikasikan ia?" Dia diam. namun di balik ekor mataku, aku lihat dia simpan senyum. beritahu aku, apa mungkin kau boleh diam melihat senyum indah si jejaka yang diam-diam kau menyimpan rasa pada dia?  "aku teringin sekali meneroka lembah yang jarang berpenghuni itu. mencari makna dia balik garis senyum. memantul tenang bagi jiwa yang gundah. menampal senyum di balik derita." dia mencicip cangkir teh yang dia bawah sedari tadi. mata kami memaku ke luar jendela kafe. melihat orang lalu lalang petang sebegini. tidak kurang mereka yang tidak henti-henti menangkap memori senja di hujung minggu. "alasan kau tidak boleh aku terima. lagipun, biarlah taman rahsia kek

NS1

bismilahirahmanirahim sejujurnya aku tahu aku punya banyak teman ramai kawan apa tah lagi kenalan tapi dalam pada kesedihan yang meragut jiwa aku jadi sukar untuk meluah di sini di hati yang sarat di jiwa yang resah berkali kali bibir mengalun zikir memastikan hati tidak sunyi tapi tika ini jujur aku katakan saratnya tak tertanggung aku tak mahu mengalah aku tak mahu berada di ruang yang sama namun masih adakah ruang untuk aku bahagia? ********************* Nisrina Syaurah

XIII

bismilahirahmanirahim Kaca mata aku tanggalkan. perlahan mata ku gosok dengan tangan. tidak pedih, cuma aku merasa kurang selesa. barangkali duduk mengadap komputer terlalu lama. ku cuba alih pandangan ke arah lain. mencari sedikit ketenangan itu mata ini. "Rina." aku cari punca suara. Ada dia di sebelah kanan. Dia kemudian mendekati aku dan menarik kerusi di sebelah kanan. aku perhati tindak tanduknya. Cuba mencari ketenangan lagi. "Nampak resah?"  "Gundah sebenarnya" entah mengapa debar di dada mulai terasa. aku jarang duduk berdekatan dengan dia. jarang sekali namun hari ini, bukan sahaja resah dan gundah. entah rasa apa yang bercampur aduk.  "Kau cari apa?" "Maksud kau?" "kau macam tercari cari sesuatu? nak aku tolong carikan?" dia pamer senyum. Ah indahnya. Aku balas senyum itu. cuba menutupi rasa yang sekali lagi hadir. "cari cinta." ********************

Review Buku: Signature Jalanan

Image
bismilahirahmanirahim Review kali ini untuk Sequel Siri Jalanan Autograf Signature Jalanan by Teme Abdullah Untuk semua peminat Teme Abdullah  maaf ya saya ada Cetakan Pertama Sebelum pergi jauh, ramai yang taktahu sebenarnya aku yang mulakan trend guna sticky note masa baca Arkitek Jalanan dulu, lepas bomm kat twitter and ramai juga yang start using sticky note and also ada a few company yang jual buku minta izin nak guna gambar  So marilah gunakan sticky note. (baca: tagging) Untuk adik ke tiga dalam Siri Jalanan, ia nya merentas masa sedikit kembali ke alam persekolahan menengah kehidupan pelajar asrama. ini yang paling aku suka, semua sama seperti mengimbau kenangan dari umur 13 tahun sampai umur 17 tahun di sana aku belajar banyak benda dari seorang budak perempuan selekeh pakai tudung senget sampai pandai pakai tudung proper dari solat lompong sana sini sampai kena jadi imam  jadi setiap bait mengenai kehidupan

Amaran: Ini Post yang sedih

Bismilahirahmanirahim Aku tahu mungkin aku tak sungguh mencuba Mungkin saja aku sengaja melayang ego Mungkin juga aku lupa aku punya Allah Tapi kesedihan ini tak mampu aku leraikan begitu sahaja Kadang aku terfikir Sampai bila harus aku begini Penat ya Allah Penat sekali Benar Bukan aku tak bersyukur Tapi kenyataan pahit paling sukar untuk aku telan Mungkin bagi mereka Hal kecil, ada apa yang nak di besarkan Tapi sudut hati kecil Aku masih terasa Penat menangis Penat memujuk hati sendiri Aku tahu, untuk apa berharap pada manusia Untuk apa Jujur, aku cemburu Bukan sekali, tapi rasa sentap tetap wujud Siapa yang tak terasa kan Tapi tak mengapa Aku tahu, segala perit akan aku habiskan jua Aku tahu mungkin cara aku salah Lari takkan selesaikan masalah Tapi kalau di sini Tidak kah aku harus menahan lagi rasa? Lagipun, siapa yang akan menghalang pemergian ku ini? Aku kira mereka lagi suka Biarlah aku s

2019

bismilahirahmanirahim dah lama tak menulis dah 2019 dah pun Ya Allah, makin meningkat usia ini banyaknya benda sibuk nak kejar nasiblah tersadung sendiri tiada yang lebih indah dari secawan kopi, bersama komputer riba ungu juga ros putih di depan mata wanginyaaaaaaa tadi aku sibuk berfikir meligat otak nak fikir nak itu nak ini banyaknya benda tapi tulah, fikir je benda tak jalan gak. hahahahahaha aku rasa genap setahun habis degree dah sampai masa sambung belajar balik since aku mmg tetapkan diri by 30 at least dah ada master why not start sekarang lagipun, baik buat sebelum aku tumpul akal satgi naya je aku happy je dengan FnB okay jugak kalau nak terjun akademik tapi tulah, mungkin bila aku banyak fikir banyak benda aku tak buat sebab sibuk fikir seribu satu cara dan akhirnya masih tersadai di sini sebegitu bukan? maka aku pilih untuk pergi menapak dan berusaha keras untuk dapatkan ia sebab selagi aku di sini