Posts

Showing posts from 2022

Cerita Dia

 bismilahirahmanirahim Aku cuma mahu cari ruang yang aku boleh tulis. macam biasa sini takde siapa yang akan baca.  Aku cuba faham dan kutip satu persatu apa yang pernah aku ada.  terutama tentang dia. dia yang aku cinta. Sejujurnya aku sentiasa tidak mengerti di tahap mana aku berada. di hatinya atau sekadar di matanya.  kadang-kadang aku cuba prove the point yang tidak ada. sekadar untuk aku kononnya yakin dengan apa yang Allah bagi. tapi turn out it's all just aku, dalam kepala aku.  Bila aku duduk dan hadam satu persatu. aku tahu apa yang dia buat, itu cinta.  Dia sentiasa lewat untuk setiap janji temu. tapi dia tepat masa hari lahir aku.  Dia tak berani sangat nak cuba makanan baru. tapi kalau aku yang hulur, dia rasa.  dia tak suka kopi, tapi dengan aku dia sanggup teman berjam janji aku dapat secawan kopi.  dia tak suka ramai orang, tapi dia redah kalau perlu untuk aku. dia yang suka argue dengan semua benda, tapi dia mengalah dan tak tinggi suara dengan aku.  Dia yang suka

Bahagia cara aku

 bismilahriahmanirahim Kembali ke ruangan selamat ini. Aku selalu percaya yang dia takkan menemui ruangan ini bahkan sengaja aku biar ruang ini hidup untuk aku cuma aku dan itu bahagia aku.  bertahun-tahun akhirnya aku kembali ke sini. ke ruang tempat aku meluah apa yang aku rasa. aku kira aku sudah tenang namun ada apa dengan tenang selagi mana aku tidak di uji. Lalu ujian itu hadir mengukur sejauh mana kasih yang sanggup aku pertaruhkan. Tuhan itu terlalu baik, apa lah sangat ujian kecil untuk aku selagi aku mampu bertahan aku mahu bertahan sebab Allah. cukup demi Allah bagi aku yang menghadiahkan rasa ini adalah Allah maka cuma Allah sahaja yang akan mengambilnya kembali bukan manusia lalu tiada apa yang mampu aku korbankan lagi selain rasa ini aku hadirkan untuk Allah memenuhi kasih sayang aku sebagai hambaNya yang percaya Allah tidak akan menguji aku dengan sia-sia.  Setelah aku fahami,  aku tak sangka semuanya akan berubah. mak cukuplah. cukuplah untuk aku melakukan apa yang mamp

The Mixed Feeling

 bismilahirahmanirahim Entah siapa entah yang rajin google blog ni bukan apa, bukan ada benda pun kat sini tulisan mengarut je kalau nak baca yang tak mengarut jangan cari sini cari tempat lain lagipun sini banyak benda yang tak terpamer kalau orang kenal aku physically.  kalau tengok balik listing tu aku cuma tulis sebab aku taktahu nak buat apa bila aku struggle dengan realiti kat sini lah aku akan muntahkan segalanya D ask me to write how I feel about him now susah weh  sebab aku rasa aku yang mixed feeling tapi aku tetap rasa sini the safest place 1. I like him. I do 2. did I love him? I do 3. I feel unavailable sometime. 4. I hurts when he thinks I'm not serious. 5. I feel alone in this journey. I hate it.  6. at some point he can be one of my trigger point.  7. i feel him inconsistent  8. somehow I still love the space he give to me 9. i feel that I'm not worthy 10. i afraid of losing him they said make a list of your partner and be it aku tetap rasa keliru changes happen

Tanpa Kamu

 bismilahirahmanirahim Masih disini aku memilih untuk meluah resah yang terbuku di dada akhirnya membawa aku dimana  kita bermula keindahan yang sementara aku ingin itu dengan candunya memberi aku bahagia kelekaan duniawi dalam menganyam cinta kita buat aku tahu akhirnya ini bukan bahagia ini cuma seronok sahaja.  dahulu tika aku sedih memerhati engkau dari jauh aku sudah cukup merasa ah ini sangat perih  tapi aku bahagia melihat kau bahagia aku turut gembira bahkan bertahun aku hidup di himpit resah itu tapi aku bahagia dengan cara ku bertahun akhirnya Tuhan menyatukan kita dalam ruang yang sama rasa ragu yang aku takutkan itu membawa kita mencipta memori bahagia aku leka tapi aku gembira aku senang tapi aku sedar aku hilang seri yang menyelebungi hidupku aku hilang ratusan tenangku yang hadir gelisah dan kebimbangan yang sentiasa menajadi sahabat sejati lalu aku berhenti sejenak mencari tahu apa erti Tuhan mahukan aku tahu mana mungkin keinginan aku tentang kamu itu harus mengikut ap

Blessing of your life.

 Bismilahirahmanirahim Membesar dengan latarbelakang yang aku ada Membuat aku amat bersyukur Aku hidup apa adanya Ilmu agama yang mak dan abah titipkan sebenarnya cukup buat aku beruntung Sekurangnya aku tahu banyak lagi jalan yang aku perlu tempuhi. Ketiadaan abah sentiasa buat aku rasa aku tidak cukup. Aku rasa aku kurang Aku rasa aku tak boleh bahagia Tapi Allah itu Maha Baik Kerana satu yang di ambil, selepas 10 di ganti baru.  Ya, aku beruntung.  10 tahun ini aku selalu persoalkan banyak benda Setiap satunya aku taktahu apa hikmah yang Tuhan sedang tunjukkan Jadi aku cuma laluinya dengan tahap terendah hidupku Siapa sangka hingga ke tahap ini  aku boleh capai semua benda yang aku hendak setiap benda yang aku doa Allah perlahan-lahan memakbulkan pada waktunya. Aku tahu kadang-kadang aku lupa, yang mana perlu aku utama dan aku jatuh jatuh pada lubang-lubang kecil yang menyeret luka aku terlalu dalam maka di sebalik kisah yang aku jalani akhirnya membawa aku ke sini kembali ke ruanga