Posts

Showing posts from July, 2017

Akhir Untukku

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt ligat kaki melangkah membawa diri ke Tingkat 3 perpustakaan yang serba penuh dengan manusia yang sibuk mencari ilmu aku jadi gundah rentetan kisah kelmarin dan aku seakan tersekat dalam dunia aku sendiri mungkin benar aku lari dari manusia mungkin juga aku sedang menafikan segalannya masa tak pernah seiring dengan Adlina waktu seakan punah bila dengan Diyanah dengan Elly, semuanya seakan hilang dari radar bukan salah sahabat cuma aku sendiri kurang pasti dimana entah silapnya bosan. aku bosan dalam kisah hidup yang mendatar ini seolah aku terlampau penat dengan tiada apa-apa entah, sendirian itu penuh dengan misteri bila aku dengan dunia aku sendiri bila aku tak mahu orang kisah pasal aku sendiri bila aku dah muak dengan kisah hidup sendiri itu lebih baik tanpa manusia yang seringkali buat aku sukar untuk percayakan diri sendiri jatuh dan hilang aku kira ini yang terbaik

entah kali ke berapa

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt rentetan kisah hidup kau alami hari ini kadangnya tak sama seperti kelmarin kadangnya juga serupa macam kau pergi kelas balik kelas pergi makan tido dan kemudian kau ulangi kisah yang sama aku jadi terhenti seketika bila orang bertanya bagaimana keadaan ku pelik bukan kerna aku sendiri jadi kaku apa yang aku lakukan dalam hidup ku rencahnya tak sama macam yang aku tumiskan bila ku cuba rasa di hujung lidah berbeza setiap kalinya mungkin aku sedang alpa dalam dunia yang aku sendiri cipta kelak kau harus cuba untuk percaya bukan semua yang kita tarifkan itu mengikut acuan sepanjang masa. aku sendiri masih belum pasti ini atau itu bukan atau ya manis atau pahit laju atau perlahan tapi satu yang ku pasti aku masih bertatih penuh perlahan menapak di jalanan biar di hina dari segi keupayaan asal aku tenang dalam senyuman memang masakan tidak perit menjalani jiwa yang