Posts

Showing posts from May 18, 2017

XII

bismilahirahmanirahim


Laju Zaiha menarik kerusi di sebelah aku.  nafasnya jelas tidak teratur.
"Anything?"
"Amir!"
" Amir? Amir mana?"
" Senior sekolah kita dulu tu. Alah, yang ketua pengawas tu."
Aku mencicip kopi di depanku. Nikmat! 
"Ingat tak?"
Ligat fikiran ku membuka kotak memori. Mencari gerangan yang bakal menjadi topik utama Zaiha.
"Kenapa dengan dia?"
Zaiha pamer senyum.  Aku paling wajah sekilas. Sudah ku tahu ke mana arah tuju perbualan kali ini. Not again.
" Dia tanya pasal awak."
Mata Zaiha bercahaya. aku berpura tak perasaan akan hal itu.
" Dia tanya macam-macam. Kita rasa dia suka kat awak."
Aku masih mencari wajah itu dalam kotak-kotak yang berselirat. Oh! sudah aku jumpa. Jejaka kurus, berkulit sawo matang, paling aku tidak suka, dia sering mengejek saiz badan ku.
"Awak dengar tak kita cerita ni?"
aku angguk perlahan. 
"So, awak tak kisah lah?"
"Kisah apa?"
e…