Posts

Showing posts from November 27, 2023

Maaf Ya

 bismilahirahmanirahim, Another mental breakdown Dan saat ini aku tahu, sudah sampai masa aku duduk dan diam memerhati di mana letak hati aku sebenarnya kekecewaan ini akhirnya memberi perit pada jiwa yang kosong Tuhan, adakah aku yang sedang bersahaja atau aku yang sengaja membiar jiwaku rapuh? Tuhan pada jiwa yang mahukan dan inginkan kasih sayangMu Apakah aku di jalan yang benar? Tuhan sedang hati yang rapuh ini sering gagal memilih yang benar hati yang rapuh sering sahaja tidak tahu hala tuju menuju arah syurga yang telah kau janjikan apakah masih punya ruang untuk aku terkapai. pada pautan mana yang aku perlu bertahan sesungguhnya melepaskan itu perit bertahan apa tah lagi hidup dalam ruangan putih tanpa penghujung di situ telah aku gariskan Di sini akan aku melepaskan lelah.  Maaf ya sayang Aku gagal.  ******** Nisrina Syaurah