Posts

Showing posts from August 6, 2017

Bahagia

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt kau tahu mengapa aku suka menulis di sini? sekurangnya aku tak tahu siapa yang akan meludah pada aku sekurangnya kertas putih ini akan jadi saksi silapku salahku kenanganku dan semua memori kita serabut ya memang serabut sebab itu aku pilih diam tenang? cuma dengan Tuhan kau akan temukan rasa itu aku tak tahu kenapa aku rasa tawar aku rasa pudar aku rasa tidak mahu dengan mereka bukan salah sesiapa cuma aku aku jadi sendiri dan tak mahu sesiapa aku berdoa pada Tuhan berikan kebaikan dari aku dan jauhkan semua benda yang tak elok untuk diri ini aku kira ini pilihan aku diam dan sendiri bertemu dan berukhuwah dengan mereka yang tahu  rentak hati ini mereka yang terpersoalkan kelabuhan tudungku mereka yang tak persoalkan kaburnya jiwaku mereka yang tak persoalkan kenapa aku pilih jalan diam ini aku temui sesuatu bila aku sendiri satu jalan kosong untuk memerhati manusia