Posts

Showing posts from February 9, 2015

Belajar.

Pinggan mangkuk bersusun dalam singki Paip air di buka perlahan.  Pinggan di cuci dan di lap Kemudian aku susun di atas lantai. Nanti senang makcik nak simpan. Nak simpan terus takut makcik nak guna. Wajah aku tenang tanpa kata, suasana hinggar di sekeliling aku hindarkan saja Malas mahu masuk campur urusan   orang tua yang leka membungkus lauk. Mak cik jarang buat kenduri kat rumah. Almaklum rumah taman. Jadinya susah sikit nak masak2 ni. Senang cerita main pakai order je. Elok aku tengah khayal membasuh “ Nasib baik ada anak dara.” Aku toleh ke sisi. Wajah Mak Ida dgn Mak Ina yang menyapa. Bibir Cuma ukir senyum. Faham. Makcik punya anak2 yang ada pun Cuma abang man dengan Iwan. Dua-dua tu je lah yang belum kahwin. Anak perempuan makcik semua dah berkeluarga dan beranak pinak. Kesian kat makcik, mana larat nak buat semua benda. Nasib duduk taman. Jiran2 ni rajin menolong. Elok lepas maghrib, jiran tetangga berpusu datang. Masa tu aku masih