Posts

Showing posts from February 23, 2015

Mummy.

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum silap mata memandang silap hati memilih aku atur langkah menuju bangunan setinggi 13 tingkat hampir 3 tahun lamanya aku bersuka ria di bangunan nan usang  yang lifnya selalu rosak hari ni niat nak singgah sekejap jumpa mummy lepas tu pergi pejabat pos yet, kalau aku jumpa mummy memang aku terlajak tak buat apa lah borak dengan mummy mana cukup sejam dua lalu aku buka sila di kerusi hijau di bilik pejabat mummy amsyar lena dihujung pejabat tak sedar pun aku datang menjengah mummy kata  " mummy suruh adik baca buku, boleh pulak dia tidur kat situ" aku tampal sengih. takpe Amsyar budak pandai jadi hampir sejam tu berlayar semua kisah aku tahu mummy penat mummy bukan jenis nak bukak cerita laju2 kat orang but still aku faham apa mummy rasa aku dengar. aku dah biasa dengar cerita mummy dan aku sentiasa berharap yang aku akan jadi pendengar mummy walaupun lepas ni ak