Amaran: Ini Post yang sedih
Bismilahirahmanirahim
Aku tahu mungkin aku tak sungguh mencuba
Mungkin saja aku sengaja melayang ego
Mungkin juga aku lupa aku punya Allah
Tapi kesedihan ini tak mampu aku leraikan begitu sahaja
Kadang aku terfikir
Sampai bila harus aku begini
Penat ya Allah
Penat sekali
Benar
Bukan aku tak bersyukur
Tapi kenyataan pahit paling sukar untuk aku telan
Mungkin bagi mereka
Hal kecil, ada apa yang nak di besarkan
Tapi sudut hati kecil
Aku masih terasa
Penat menangis
Penat memujuk hati sendiri
Aku tahu, untuk apa berharap pada manusia
Untuk apa
Jujur, aku cemburu
Bukan sekali, tapi rasa sentap tetap wujud
Siapa yang tak terasa kan
Tapi tak mengapa
Aku tahu, segala perit akan aku habiskan jua
Aku tahu mungkin cara aku salah
Lari takkan selesaikan masalah
Tapi kalau di sini
Tidak kah aku harus menahan lagi rasa?
Lagipun, siapa yang akan menghalang pemergian ku ini?
Aku kira mereka lagi suka
Biarlah aku sendiri yg tanggung duka
Benar, satu saat nanti, bila kau tidak wujud lagi baru lah mereka sedar
Kepentingan diri ini
Tapi bagi aku, tiada maknanya
Mereka lagi selesa
Lagi gembira
Lagi tenang
Bukan aku sentiasa menyusahkan dari hari pertama kelahiran?
Tapi tak mengapa
Sekurangnya sakit di dunia ini
Kalau aku tahan, boleh merasa indahnya syurga
Tapi bila mengenang dosa menggunung
Masih ada ruangkah untuk aku bau wanginya syurga?
Sedih bukan
Entah di mana layaknya aku berada
Masih di bayangi dosa masa lalu
Masih diselubungi maksiat bertalu
Tuhan, masih kau terima aku?
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)