Posts

Showing posts from June 28, 2014

Masa untuk tarik brek anda..

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum Syaaban sedang mengundur diri katanya sahabat tercinta sedang menanti kita Ramadhan tersenyum megah di depan pagar raut wajahnya tidak sabar mahu melangkah  bertemu dengan tuan rumah yang hanya di kunjungi setahun sekali namun rata-rata rumah  yang di kunjunginya tidak semua bersedia menyambut kedatangannya kebanyakkan leka menyebut nama Syawal Ramadhan yang sedia maklum adik kesayangannya lebih menjadi tumpuan mereka makan hati? entah... dia tahu dia sedang melaksanakan tanggungjawabnya Dia tahu tugasnya berat dia tahu YANG ESA memberikan dia satu penghargaan yang tidak terhitungnya.. sedangkan Syawal cuma memberikan kegembiraan andainya mereka melayan dia dengan baik dan sempurna Itu YANG ESA kata padanya... saban tahun Ramadhan melihat cahaya kegembiraan juga cahaya kehampaan ada masanya  dia melihat Syaaban melangkah pergi dengan gembiranya kerana mereka tidak lupa menghargai dia adakalanya S