Posts

Showing posts from May 7, 2018

Angin Rindu

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Kelmarin aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah ya balik Melaka dengan izin Allah, mudah urusan pulang ke lubuk  kemudian menjenguk makcik-makcik di sawah dengan indah permai angin petang belum juga lupa angin deruan tepi Masjid Selat yang sentiasa dirindukan lalu aku bawa gusar di hati bersama angin lalu doaku, Moga Allah sampaikan rindu ku juga Allah bawa pergi resah yang sekian lama di hati bertahun dalam kisah ini aku sedar ini hidupku, lari ke mana pun  ini masih hidup ku sebati terikat sampai mati. kelam sebenarnya tapi bagaimana lagi perlu untuk luahkan cuma dengan senyuman belum cukup beri aku kekuatan Tapi tulah, Tuhan masih ada. kita ni aje berlagak abadi kalau mahu di lukiskan garis masa aku kira memang indah tapi peritnya cuma aku yang tahu tapi tulah buat apa nak cerita semua benda haha kata Kak Suraya " kalau kahwin itu bahagia, kau tengok akak kau ni