Posts

Showing posts from May, 2017

Apakah Yang Memungkinkan Aku Jatuh Cinta Padamu?

bismilahirahmanirahim Semalam aku bermimpi tentang kamu dan teman-temanku raut wajah mu, senyum simpul mu riak tenang dalam gundah membuat aku terhenti seketika Apakah yang memungkinkan aku jatuh cinta padamu? tiap kali kau berpaling dan mengukir senyum aku jadi gundah keliru dengan apa yang aku rasa tiap kali kau tersenyum mesra ku lihat ada pelangi indah muncul bukan untuk seketika tapi penuh dengan warna Semalam, lewat mimpiku aku melihat keriangan di wajah teman-temanku tapi aku sendirian jauh terpuruk dari mereka seolah aku tak pernah wujud dalam hidup mereka tapi kau tegar di sisi mengukir senyum sambil bersaksi bahawa engkau akan tegar disisi tak kan pergi sebegitukah janjimu? pagi ini nyaman indah dari biasa tapi sayang kau tiada begitu mereka aku masih sendiri dalam kamar sepi bawah lohong langit dan juga mentari aku merindui kamu dan mereka sekian kalinya ku usik hatiku apakah memun

Day 21-Your Favorite Song

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum Day 21- Your Favorite Song Ini yang paling susah sungguh sebab aku suka je semua jenis lagu dalam playlist tu sebab aku akan dengar ikut mood even masa menulis muzik-muzik tu semua main peranan penting maka aku takde yang di panggil Kegemaran tapi aku mungkin kena pilih satu yang paling kerap aku dengar kut haha macam sekarang, playlist ni tengah berlagu "Babak Cinta-Tengku Adil" juga " Mungkinkah Terjadi-Spider" belum lagi setiap malam " The Chainsmoker-Something Like This" mungkin juga "Closer-Chainsmoker juga satu album Avril Lavigne mungkin juga Hujan, Laila Lounge, OAG, all kind music yang bawak aku terbang jauh ke dalam khayalan asalkan liriknya menjiwai dan asalkan rentaknya di senangi dah termasuk "kegemaran" aku tak perlu artis cantik/hensem tak perlu nama/jenama asalkan dia ikhlas menulis lagu kau akan tahu kenapa aku suka lag

XII

bismilahirahmanirahim Laju Zaiha menarik kerusi di sebelah aku.  nafasnya jelas tidak teratur. "Anything?" "Amir!" " Amir? Amir mana?" " Senior sekolah kita dulu tu. Alah, yang ketua pengawas tu." Aku mencicip kopi di depanku. Nikmat!  "Ingat tak?" Ligat fikiran ku membuka kotak memori. Mencari gerangan yang bakal menjadi topik utama Zaiha. "Kenapa dengan dia?" Zaiha pamer senyum.  Aku paling wajah sekilas. Sudah ku tahu ke mana arah tuju perbualan kali ini. Not again. " Dia tanya pasal awak." Mata Zaiha bercahaya. aku berpura tak perasaan akan hal itu. " Dia tanya macam-macam. Kita rasa dia suka kat awak." Aku masih mencari wajah itu dalam kotak-kotak yang berselirat. Oh! sudah aku jumpa. Jejaka kurus, berkulit sawo matang, paling aku tidak suka, dia sering mengejek saiz badan ku. "Awak dengar tak kita cerita ni?" aku angguk perla

Day 20- Last song on itunes

bismilahirahmanirahim Day 20- Last song on itunes Zivilia- Aishiteru! okay, secara jujurnya aku tak tahu kenapa lagu ni masih lagi aman damai dalam list song aku. haha. tapi sebab dah jarang dgr mp3 maka aku tak update mana yang perlu kut lagu ni lagu zaman sekolah menengah zaman isma tengah sibuk bercinta dengan fikri mendayu-dayu kalau dia nyanyi aku nyanyi takdelah mendayu sangat part japan tu pun aku tak tahu tapi lagu pasal long distance relationship ni aku tak berapa pro sangat haha ramai yang kata kunci sebenarnya ialah comunication dengan trust mungkin, bukan semua relationship boleh end up dgn baiknya still, banyak je berlaku kecurangan mcm contohnya, bila kau sunyi pakwe kau takde mulalah pasang niat nak cari scandal haha tapi sayang, habis tu kalau kawin? kalau tak belajar setia sekarang? nanti kawin nak curang tu aku rasa besar kemungkinan ada susah nak jumpa novel yg cerita lelaki curang sebab benda baik

XI

bismilahirahmanirahim aku diam membuang pandangan. tidak ku hirau sekelilingku. lagi-lagi teman di sebelah.  "dengar tak ni?" "hmm. dengar." mendengar jawapan aku membuat dia turut membuang pandangan ke depan. sukar untuk tebak apakah yang bermain di minda dia. minda ku? selirat dengan wayar-wayar yang tiba-tiba wujud hari ini. " jom."  Dia bangun tiba-tiba. aku yang belum puas berfikir ini jadi terpinga. "nak pergi mana?" "sana." jarinya lurus menunjukan deretan gerai. hish dia ni, lapar lagi ke? "Tak, tak lapar pun tapi rasa nak makan aiskrim." dia sudah pun mengatur langkah ke sana. Aku memerhati rentak langkah kaki dia. Tuhan, apakah kesempurnaan yang aku cari? atau aku sedang menafikan apa yang sedang Engkau beri? Dari jauh dia melambai, senyumnya terukir manis. Saat itu aku tahu, aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia. ********************* Nisrina Syaurah

Kaklong

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt hari ni hari paling aku rindu aku rindu kaklong jujur aku rindu nak jalan-jalan dengan kaklong aku rindu nak borak pasal hidup dengan kaklong aku rindu nak mintak dia belanja itu ini aku rindu nak cerita aku penat belajar aku rindu nak cerita mak marah aku aku rindu nak cerita aku punya impian aku rindu nak cerita aku masuk contest menulis aku rindu nak masa berdua dengan kaklong aku rindu dengan perkongsian dengan kaklong aku rindu kaklong sangat-sangat dulu aku nak sangat kaklong kahwin aku nak kaklong bahagia aku nak kaklong rasa gembira aku nak kaklong ada orang kurangkan beban dia aku nak kaklong takyah susah2 pikir pasal aku dan abang2 ya. kaklong dah kahwin Allah dah makbulkan satu doa aku tapi aku tak tahu kaklong bahagia ke tak aku tahu Raqib tu kebahagian kaklong dia juga kebahagian aku selama ni aku lebih banyak rindukan Raqib sebab aku jaga dia dari hari pertama lagi

Selitan Masa Lalu

Image
bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt secara jujurnya, mengapa baru ada entry bukanlah kerana kemalasan aku tapi sebab draft banyak sangat dan aku tak tekan button publish. haha! so what we gonna talk today? past few weeks was hectic gila nak mati waktu tu cuma berharap, Ya Allah kalau Engkau nak tarik nyawa aku, biarlah aku pergi dengan taubat ku diterima.  tidur pun aci selam je otak tak berapa nak center everything macam out of control tapi tulah, Allah tu sentiasa sayangkan kita and semua pun berlalu begitu saja, yang tinggal?  5 paper dalam dewan yang setaraf musim sejuk di jepun haha baru-baru ni ada seorang kawan whatapps dia ni memang suka tanya soalan sebagai kawan yang baik, aku pun jawab pertanyaan dia. hehe " kadang-kadang patut ke kita salahkan diri kita if kita pernah buat keputusan yang salah?" sendu jugak soalan dia. waktu dia tanya if aku tak silap dalam lepas maghrib nak ke isyak biasanya lepas baca soalan