XV

bismilahirahmanirahim


Sejenak aku tergamam. Sukar untuk aku memahami riak wajah dia.

Lalu aku pilih untuk pergi dan diam tanpa bicara. 

Selang 3 hari kemudian. aku duduk semeja dengan Zaiha.

"Awak nampak lain. Kali terakhir kita jumpa awak. Awak tak macam sekarang pun."

aku pamer senyum. Tak banyak mahu aku katakan pada Zaiha. Paling tidak aku cuma boleh jelaskan pada dia.

"Penat kut awak."

Air coklat di atas meja di sedut perlahan. Mata cuba mengelak untuk bertatapan dengan anak mata Zaiha.
Bukan apa. Takut juga kalau Zaiha tahu apa yang sedang bergelodak dalam jiwa.

"Awak tabah tahu tak? Kita tak pernah jumpa orang setabah awak. Kalau kita tak tempat awak. Kita tak tahu nak buat macam mana."

aku senyum lagi. kalau lah Zaiha tahu peritnya bagaimana menghadapi semua ini. celah mana aku boleh letakkan tabah itu.

"Mak awak tak cakap apa?"

Zaiha rapat dengan mak. mak pun selesa dengan Zaiha. tapi Zaiha penyimpan mohor rahsia-rahsia agung sedari zaman sekolah menengah.

"KIta tak bagitau mak pun. Biarlah awak."

Pelayan mendatangi kami. Nasi goreng kampung di letak di hadapanku. Perut mula meminta di isi. aku sendiri tak pasti bila kali terakhir aku makan dengan betul. Sejujurnya seminggu ini masa lebih banyak di habiskan dengan tidur.

"makanlah awak. mesti awak lapar."

Nasi di kuis perlahan. Perlahan aku menyuap ke mulut. Sedap. Gerai makan dalam kawasan taman ini baru pertama kali kami singgah.Tapi bukan kali pertama untuk aku. ini antara gerai kegemaran kaklong. Kedainya dalam kawasan taman perumahan. ruangannya sangat kemas. ada ruangan untuk bersantai juga pentas kecil untuk mana-mana pelangan yang ingin menyanyi.

"Kita selalu cemburu dengan orang yang ada family nak support. Yalah, kita dari kecil cuma ada ibu kita je. Nasib adik beradik kita semua bukan jenis meminta."

Faham. Aku alih wajah ke arah Zaiha. Mungkin sebab masing-masing tak punya ayah. buat kami lebih selesa bercerita bersama.

"Allah bagi semua sesuai untuk kita semua. cuba bayang kalau kita ada apa yang mereka semua ada. Mesti kita tak jadi macam diri kita sekarang."

Kami sama-sama senyum. Allah beri cukup untuk semua. Lalu Nikmat mana yang kau dustakan?

*****************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku