Posts

Showing posts from May, 2015

IX

bismilahirahmanirahim Air mata yang mengalir tidak di sapu bersih nak sapu air mata pun tak larat jangan kan nak paksa diri dari berhenti menangis suara- suara luar berulang tayang penuh kotak memori dengan peristiwa tadi sungguh tiada ketenangan yang menjelma " aku bukan suruh kau cari duit pun!" " hidup menyusahkan betul!" " kau buat apa je? besarkan badan kau!" " tu bau anak derhaka ni jangan sebatu 10 batu pun aku boleh bau" dia menarik nafas. takut dada nya sesak. air mata masih lagi membasahi pipi dia rindu kata2 pujukan berbanding kata2 perlian dia rindu kata permintaan dari kata2 paksaan sungguh dia tahu, tiada siapa yang berhak balik ke masa lalu ia sekadar memori yang singgah lalu bangkit dari pembaringan, dia nekad malam ni biarlah dia pergi biarlah dia digelar derhaka sungguh penderaan emosi itu lebih dahsyat dari penderaan fizikal harus di ketahui kalau di sini dia tak redai

kelam

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum kelam bawa rasa aku tergigit lidah sendiri datang dan pergi rasa yang hadir buat aku terdiam di hujung waktu buat aku terbuai dgn dunia seolah tiada pengakhirannya bila aku melihat kau menapak pergi aku juga terdiam sepi bila mana aku melihat duka itu bersilang ganti aku juga menangis sepi tiada siapa yang dapat memahami peritnya jiwa memandang dunia dengan timbangan dunia semata tiada siapa yang dapat memahami erti rindu yang berkalung jiwa andainya hati tak punya cinta meski pun nampak serupa aku masih tenggelam dengan rasa yang sama resah yang hilang timbul bagai angin lalu kadang sepoi dia menyapa kadang kencang tahap mengila dan aku masih serupa udara dihirup mengharapkan damai kan tiba udara di hembus mengharapkan gelisah terus mati sayangnya  masih serupa penafian sebuah penyiksaan mampukah kita  mengatakan tidak sedangkan hati meronta mampukah kit

busy 2x

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum tarik nafas dalam2 dalam minggu ni cuba menulis balik niat ada gaya pun ada yang best dah angkut lappy masuk bilik balik kalau letak kat hall memang sampai ke sudah lah  tak dan nak menulis busy jaga makan dan minum busy jaga hati dan perasaan busy pura2 hidup busy kata sibuk sedangkan elok kunyah chipsmore busy makan hati busy selak fb busy update tweet busy shopping online busy buat kuih busy mengadap novel dan buku busy dan busy dan busy dan busy hmmmm memang tulisan mintak pelempang. hahaha malam tadi tido dgn laptop dgn buku atas katil last sekali tido dgn buku zaman kolej last sekali tido dgn laptop pun zaman kolej masa tertidur ada org tolong off kan lappy dgn kemas kan balik skang ni. terjaga sendiri lah dah tu, takkan lah ada orang nak masuk bilik tutupkan dulu2 aku tgk drama yang malam2 mak dia masuk bilik selimutkan anak dia cium anak dia yg tu l

VIII

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum helaian kertas itu di selak beberapa kali fokus Lisa, melayang buat apa? buang masa hargai masa kerna masa lebih berharga dari emas " kau nak stop debate?" " kau dah reti bagi salam?" " ni cerita hidup mati Lis." " aku hidup kalau tak debate pun." " lepas tu nak lupa semua cita2 dan hasrat kau?" " kau kena faham.." tanpa sempat habis ayat dia dah mencelah " faham apa? faham yang kau dah putus asa? pergi mampus." " cuba jangan emosi sangat. ni aku malas." " semangat kau tengah merundum Lis. dan aku tak pernah tgk kawan aku yg bersemangat waja macam ni boleh lebur hanya semata kerna benda2 yang tak patut." " satu soalan Erin, apa yg aku dapat lepas menang debate?" " kepuasan? kejayaan?" " dengan menjatuhkan orang?" " kau pertahankan hak kau!" "

VII

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum " saya tanya sikit?" "tanyalah." "kenapa?" " itu je?" "satu pun cukup berat awak nak jawab." dia tampal senyum. " sebab berat saya tanya itu je? buatnya soalan seterusnya bertambah berat?" " saya tanya ni. jangan putar belit." " betul nak tahu?" " tengok tu. orang tanya sebab nak tahu lah. takkan sebab saje2." " istilah saje2 tu banyak main peranan dalam hidup awak. sebab tu tanya lagi." " jawab lah cepat." " la, sejak bila tak tahu sabar ni?" dia tarik muka masam.  " sebabnya Allah pilih kita. cuba awak tengok sekeliling. dalam banyak2 orang. Allah pilih kita. istimewa kan kita? jadi kenapa nak banyak soal. yakin saja yang setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. cuma nya kita perlu gali dan cari. kalau cuma menanti tak pastilah dapat ke idak k