Dendamku
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
aku sangat bosan dengan cara aku menulis
sebab selepas berperenggan
aku mesti padam
dan waktu tu aku sangat tidak puas hati terhadap diri aku sendiri
kemudian aku akan membaca sehelai dua
kemudian aku jadi malas
dan berhari2 aku cuma mendengar video-video tentang ilmu dunia juga akhirat di youtube
kemudian tidak menulis
kemudian makan
dan tidur semula
rutin yang aku tak pernah puas
namun tetap sahaja sampai bila harus begini
tidak mudah tapi aku tahu aku perlu mencuba
tapi tak mengapa
aku benci sebenarnya bila orang kata aku stress
aku tak suka
aku cuma suka apa aku buat
aku benci bila ada orang konon ambil kisah
aku rasa sakit hati
entah aku tak tahu
mungkin cara mereka menghukum soalah mereka tahu banyak benda
membuat aku rasa mual dan menyampah
lagi-lagi bila orang kata kononnya aku yang mengada
macam mana nak sihat macam ni
hey kamu
kalau tidak tahu jangan ya sok tahu
jangan ya acah seolah kamu saja yang bagus
aku paling tidak suka membandingkan diriku dengan sesiapa pun
baik keluarga juga sahabat ku
biarkan sahaja mereka itu kaya
biar sahaja mereka berpelajaran
biar sahaja mereka kerja di tempat yang bagus-bagus
cukuplah kalau mereka tidak memaksa aku menjadi acuan mereka
itu sahaja yang aku perlu
tapi sayang
terus saja mereka akan cuba untuk aku menjadi terus seperti mereka
tapi mereka tidak tahu
acuan itukah yang buat aku bahagia
kalian tahu tak
aku ini cuma mahu bahagia
mahu hidup ku tenang
mahu segalanya dipermudah tanpa di hukum manusia
kerana aku tidak punya perkerjaan yang bagus
tidak punya baju dan kasut yang cantik
tidak punya kemewahan seperti yang lain
tidak punya apa yang sahaja yang dilabel bagus dimata manusia
aku cuma mahu satu kedamaian sahaja
dan itu telah lama hilang dihati ku sejak semua memaksa aku tanpa sedar
sejak semua konon memahami tapi tak pernah ambil tahu
sejak semua cuma mencari bila perlu
sejak semua konon nampak seakan aku ini si malas yang tidak mahu berjaya
Ya Tuhan
tidak senang mahu keluar dari sini
baru sekejap aku merasa bahagia
rasa itu meragut kembali
aku jadi jatuh dan kembali sepi
aku jadi benci
benci pada hidup
pada semua kawan-kawanku
pada semua manusia yang sok tahu
pada mereka yang tak pernah ambil tahu
pada mereka yang kononnya membantu aku
pada mereka yang sering menghukum aku
tanpa mereka sedar
ya, itu yang berlaku
tiada yang sedar apa yang berlaku
tiada yang kisah tentang apa yang aku alami
yang ada mereka yang memaksa sahaja
lalu, duniaku gelap semula.
******
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)