Review Buku: Signature Jalanan

bismilahirahmanirahim

Review kali ini untuk Sequel Siri Jalanan

Autograf Signature Jalanan by Teme Abdullah

Untuk semua peminat Teme Abdullah 
maaf ya saya ada Cetakan Pertama






Sebelum pergi jauh, ramai yang taktahu
sebenarnya aku yang mulakan trend guna sticky note masa baca Arkitek Jalanan dulu,
lepas bomm kat twitter and ramai juga yang start using sticky note and also
ada a few company yang jual buku minta izin nak guna gambar 

So marilah gunakan sticky note. (baca: tagging)

Untuk adik ke tiga dalam Siri Jalanan, ia nya merentas masa sedikit
kembali ke alam persekolahan menengah
kehidupan pelajar asrama.

ini yang paling aku suka,
semua sama seperti mengimbau kenangan dari umur 13 tahun sampai umur 17 tahun
di sana aku belajar banyak benda
dari seorang budak perempuan selekeh pakai tudung senget
sampai pandai pakai tudung proper
dari solat lompong sana sini
sampai kena jadi imam 

jadi setiap bait mengenai kehidupan seharian di dalam naskhah ini
membuat aku melayang kembali ke Sekolah Tinggi
ke zaman makan jemaah, solat subuh jemaah
zaman prep petang prep malam
zaman cari tempat paling syok study sorang
zaman bergayut dengan telefon awam
zaman kegemilangan yang waktu itu kau rasa kau dah capai semua benda

Sebagaimana di dalam Siri sebelum ini, nama watak yang berbeza
namun di inspirasikan dari watak alam nyata
kita susuri watak Ben sebagai anak muda yang dikatakan talented
watak Joe yang di katakan tidak berbakat dalam akademik
watak Arif yang kebiasaannya perlu wujud di alam nyata (semua sekolah ada watak ni)
Watak Zack yang juga memang wujud dalam kalangan kita
watak Oki yang tenang dan penyabar 
watak-watak sampingan yang membuat kita fikir sejenak
oh, kawan aku pun macam ni dulu

latarbelakang sekolah berasrama penuh dengan rutin harian
mengenai peraturan juga soal pembelajaran
bagi aku apa yang watak di atas alami sama sahaja apa yang aku alami semasa di Sekolah Tinggi
namun keseronakkan yang Ben alami itu lebih nyata
juga satu memori yang sangat indah

satu yang perlu kalian tahu,
buku ini mahal harganya
andai saja gerangan rakan Ben dalam dunia sebenarnya tahu kewujudan buku ini
aku kira mereka pasti merindukan ukhwah yang terjalin dari dulu

ah rindunya menjadi anak remaja itu.

Dalam naskhah ini, yang diterapkan oleh Teme
bukan tentang kisah remaja sebenarnya
tapi asas kukuh dan juga jati diri yang dibawa itu yang memangkin
beberapa keputusan yang perlu kita buat

yelah, cuba kalau kita sendiri dalam situasi tu
macam mana kita nak hadap
bagaimana kita nak kawal
di mana perlu kita selesaikan

segalanya bermula dari bawah

BASIC

betulah, dulu masa lepas Sekolah Tinggi
masa nak masuk kolej
banyak benda aku tinggalkan
benda buruklah pastinya

basic itu aku ambil kembali dan kukuhkan
konsep yang betul
maka kau tahu kau takkan buat
keputusan yang salah 

walaupun sebenarnya kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan
namun masih ada ruang untuk beri peluang
pada diri kita sendiri
masih ada runag untuk baiki apa yang perlu kita baiki

melayang ego bukanlah suatu hal yang elok
walaupun merasakan kita betul kerana adanya ilmu
mungkin kita lupa
ilmu Allah itu luas
zaman kini telah berubah
mungkin sahaja sesetengah perkara tradisional itu tidak lagi relevan
namun tak salah mencuba
dan juga tidak salah mencuba benda moden selagi mana
 basic kita tadi cukup kukuh.

bagi aku, naskhah ini satu memori ynag berharga
mana-mana budak asrama pasti suka dengan naskhah ini
masa ni kalian akan hargai balik masa-masa lalu yang
sudah lama meninggalkan kita

mungkin saja ini waktu untuk eratkan kembali silaturahim yang mungkin sudah lama tidak terjalin?

apapun, kalian boleh dapatkan Naskhah ini dari Iman Publication
tak lengkap kalau kalian tak baca Siri Jalanan ini
cuma jangan anggap ya watak sebelum ni takde

ada, cuma kita sendiri perlu susun atur sendiri
nahh kalau semua disuap
macam mana nak pandai makan sendiri?

juga tidak lupa

Al Fatihah untuk sahabat penulis yang mungkin saja salah satu dari watak dalam naskhah ini
semoga syurga untuk beliau, aaaminn

itu sahaja untuk review kali ini. 
moga ketemu lagi
sekian :)

****************
Nisrina Syaurah

 

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku