Posts

Showing posts from August, 2021

Surat Terakhir Aku Kirim Untuk Kau

 Bismillahirahmanirahim Telah aku kirim surat terakhir untuk kau Telah aku curah segala rasa yang aku pendam pada kau Entah mengapa akhirnya aku masih lagi mahu menulis di sini Barangkali kerana di sini bermula cerita tentang kau Bagaimana aku mula menjejaki tentang kamu Bagaimana aku ingin mengenali mu Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta pada mu Mungkin saat kau menemuikan coretan ini  Ketahuilah hanya engkau yang benar-benar tulus aku cinta.  Kelakar sebenarnya aku rasa. Dalam banyak-banyak cerita, dalam banyak-banyak jejaka Dan juga mereka yang pernah menghuni atau yang cuba-cuba mengintai Tidak lah dapat aku menidakkan kau yang terindah Masih kelakar saat ku hulur sekeping surat itu Masih kau bertanya tentang hati ku Maka aku jadi takut mengaku cinta yang sekian lama ada Tahu kah engkau surat itu tanda aku sedang mengikhlaskan hati aku Mengikhlaskan hati aku jika sememangnya kau bukan milik ku Sesuai dengan kehendak Ilahi Kerana itu aku kirimkan sekeping surat untuk mu.  Kerana aku