Posts

Showing posts from July, 2019

XV

bismilahirahmanirahim Sejenak aku tergamam. Sukar untuk aku memahami riak wajah dia. Lalu aku pilih untuk pergi dan diam tanpa bicara.  Selang 3 hari kemudian. aku duduk semeja dengan Zaiha. "Awak nampak lain. Kali terakhir kita jumpa awak. Awak tak macam sekarang pun." aku pamer senyum. Tak banyak mahu aku katakan pada Zaiha. Paling tidak aku cuma boleh jelaskan pada dia. "Penat kut awak." Air coklat di atas meja di sedut perlahan. Mata cuba mengelak untuk bertatapan dengan anak mata Zaiha. Bukan apa. Takut juga kalau Zaiha tahu apa yang sedang bergelodak dalam jiwa. "Awak tabah tahu tak? Kita tak pernah jumpa orang setabah awak. Kalau kita tak tempat awak. Kita tak tahu nak buat macam mana." aku senyum lagi. kalau lah Zaiha tahu peritnya bagaimana menghadapi semua ini. celah mana aku boleh letakkan tabah itu. "Mak awak tak cakap apa?" Zaiha rapat dengan mak. mak pun selesa dengan Zaiha. tapi Zaiha

Review: Sugar? Yes, Please by Rehan Makhtar

Image
bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Review Buku Hari ini ialah  SUGAR? YES, PLEASE Hah tajuk Bahasa Inggeris kan? Cerita Melayu yer. So aku beli masa PBAKL 2019 basically copy yang aku ada ialah cetakan pertama. antara buku terawal aku habiskan dalam berpuluh buku aku borong masa tu. haha buka muka surat kedua. ayat penulis paling indah buatmu yang sedang merasai pahitnya ujian,  iman itu penawar yang semanis gula. rekabentuk kulit muka sesuatu yang aku suka. sebelum baca aku tau dah mesti pasal kopi ni. dah sangat seronok sebab Hero dia pandai bancuh kopi. here comes my favorite barista. (Kalau dia wujud in real life) haha okay berbalik pada cerita ini ini kisah tentang Edian. Edian yang sangat akur pada kehendak orang tuanya. semua kemahuan mereka sangat dia turuti. Sampailah dia jumpa Nel. membuat dia tersedar sesuatu. Betul ke apa yang dia buat selama ini. Ini tentang Nel. Nel yang tanpa sengaja terjatuh

XIV

bismilahirahmanirahim "Rina." cara dia melagukan nama ku kedengaran indah sekali.  "mengapa sukar untuk di tebak hati kau?" aku cuba sandar ke kerusi dengan tenang. sambil menahan debar di hati. "jika aku beri jawapan, adakah kau akan cuba untuk mengaplikasikan ia?" Dia diam. namun di balik ekor mataku, aku lihat dia simpan senyum. beritahu aku, apa mungkin kau boleh diam melihat senyum indah si jejaka yang diam-diam kau menyimpan rasa pada dia?  "aku teringin sekali meneroka lembah yang jarang berpenghuni itu. mencari makna dia balik garis senyum. memantul tenang bagi jiwa yang gundah. menampal senyum di balik derita." dia mencicip cangkir teh yang dia bawah sedari tadi. mata kami memaku ke luar jendela kafe. melihat orang lalu lalang petang sebegini. tidak kurang mereka yang tidak henti-henti menangkap memori senja di hujung minggu. "alasan kau tidak boleh aku terima. lagipun, biarlah taman rahsia kek

NS1

bismilahirahmanirahim sejujurnya aku tahu aku punya banyak teman ramai kawan apa tah lagi kenalan tapi dalam pada kesedihan yang meragut jiwa aku jadi sukar untuk meluah di sini di hati yang sarat di jiwa yang resah berkali kali bibir mengalun zikir memastikan hati tidak sunyi tapi tika ini jujur aku katakan saratnya tak tertanggung aku tak mahu mengalah aku tak mahu berada di ruang yang sama namun masih adakah ruang untuk aku bahagia? ********************* Nisrina Syaurah

XIII

bismilahirahmanirahim Kaca mata aku tanggalkan. perlahan mata ku gosok dengan tangan. tidak pedih, cuma aku merasa kurang selesa. barangkali duduk mengadap komputer terlalu lama. ku cuba alih pandangan ke arah lain. mencari sedikit ketenangan itu mata ini. "Rina." aku cari punca suara. Ada dia di sebelah kanan. Dia kemudian mendekati aku dan menarik kerusi di sebelah kanan. aku perhati tindak tanduknya. Cuba mencari ketenangan lagi. "Nampak resah?"  "Gundah sebenarnya" entah mengapa debar di dada mulai terasa. aku jarang duduk berdekatan dengan dia. jarang sekali namun hari ini, bukan sahaja resah dan gundah. entah rasa apa yang bercampur aduk.  "Kau cari apa?" "Maksud kau?" "kau macam tercari cari sesuatu? nak aku tolong carikan?" dia pamer senyum. Ah indahnya. Aku balas senyum itu. cuba menutupi rasa yang sekali lagi hadir. "cari cinta." ********************

Review Buku: Signature Jalanan

Image
bismilahirahmanirahim Review kali ini untuk Sequel Siri Jalanan Autograf Signature Jalanan by Teme Abdullah Untuk semua peminat Teme Abdullah  maaf ya saya ada Cetakan Pertama Sebelum pergi jauh, ramai yang taktahu sebenarnya aku yang mulakan trend guna sticky note masa baca Arkitek Jalanan dulu, lepas bomm kat twitter and ramai juga yang start using sticky note and also ada a few company yang jual buku minta izin nak guna gambar  So marilah gunakan sticky note. (baca: tagging) Untuk adik ke tiga dalam Siri Jalanan, ia nya merentas masa sedikit kembali ke alam persekolahan menengah kehidupan pelajar asrama. ini yang paling aku suka, semua sama seperti mengimbau kenangan dari umur 13 tahun sampai umur 17 tahun di sana aku belajar banyak benda dari seorang budak perempuan selekeh pakai tudung senget sampai pandai pakai tudung proper dari solat lompong sana sini sampai kena jadi imam  jadi setiap bait mengenai kehidupan