Posts

Apakah Yang Memungkinkan Aku Jatuh Cinta Padamu?

bismilahirahmanirahim


Semalam aku bermimpi tentang kamu dan teman-temanku raut wajah mu, senyum simpul mu riak tenang dalam gundah membuat aku terhenti seketika
Apakah yang memungkinkan aku jatuh cinta padamu?
tiap kali kau berpaling dan mengukir senyum aku jadi gundah keliru dengan apa yang aku rasa
tiap kali kau tersenyum mesra ku lihat ada pelangi indah muncul bukan untuk seketika tapi penuh dengan warna
Semalam, lewat mimpiku aku melihat keriangan di wajah teman-temanku tapi aku sendirian jauh terpuruk dari mereka seolah aku tak pernah wujud dalam hidup mereka
tapi kau tegar di sisi mengukir senyum sambil bersaksi bahawa engkau akan tegar disisi tak kan pergi sebegitukah janjimu?
pagi ini nyaman indah dari biasa tapi sayang kau tiada begitu mereka
aku masih sendiri dalam kamar sepi bawah lohong langit dan juga mentari aku merindui kamu dan mereka
sekian kalinya ku usik hatiku apakah memungkinkan aku jatuh cinta padamu?
khabarkan pada ku apakah berbaloi penantianku ini? apakah bena…

Day 21-Your Favorite Song

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum
Day 21- Your Favorite Song
Ini yang paling susah sungguh sebab aku suka je semua jenis lagu dalam playlist tu sebab aku akan dengar ikut mood even masa menulis
muzik-muzik tu semua main peranan penting maka aku takde yang di panggil Kegemaran tapi aku mungkin kena pilih satu yang paling kerap aku dengar
kut haha
macam sekarang, playlist ni tengah berlagu "Babak Cinta-Tengku Adil" juga " Mungkinkah Terjadi-Spider" belum lagi setiap malam " The Chainsmoker-Something Like This" mungkin juga "Closer-Chainsmoker
juga satu album Avril Lavigne mungkin juga Hujan, Laila Lounge, OAG,
all kind music yang bawak aku terbang jauh ke dalam khayalan asalkan liriknya menjiwai dan asalkan rentaknya di senangi
dah termasuk "kegemaran" aku
tak perlu artis cantik/hensem tak perlu nama/jenama asalkan dia ikhlas menulis lagu kau akan tahu kenapa aku suka lagu tu belum lagi sebab aku rasa aku sama seperti penulis dan pencipta…

XII

bismilahirahmanirahim


Laju Zaiha menarik kerusi di sebelah aku.  nafasnya jelas tidak teratur.
"Anything?"
"Amir!"
" Amir? Amir mana?"
" Senior sekolah kita dulu tu. Alah, yang ketua pengawas tu."
Aku mencicip kopi di depanku. Nikmat! 
"Ingat tak?"
Ligat fikiran ku membuka kotak memori. Mencari gerangan yang bakal menjadi topik utama Zaiha.
"Kenapa dengan dia?"
Zaiha pamer senyum.  Aku paling wajah sekilas. Sudah ku tahu ke mana arah tuju perbualan kali ini. Not again.
" Dia tanya pasal awak."
Mata Zaiha bercahaya. aku berpura tak perasaan akan hal itu.
" Dia tanya macam-macam. Kita rasa dia suka kat awak."
Aku masih mencari wajah itu dalam kotak-kotak yang berselirat. Oh! sudah aku jumpa. Jejaka kurus, berkulit sawo matang, paling aku tidak suka, dia sering mengejek saiz badan ku.
"Awak dengar tak kita cerita ni?"
aku angguk perlahan. 
"So, awak tak kisah lah?"
"Kisah apa?"
e…

Day 20- Last song on itunes

bismilahirahmanirahim

Day 20- Last song on itunes
Zivilia- Aishiteru!
okay, secara jujurnya aku tak tahu kenapa lagu ni masih lagi aman damai dalam list song aku. haha. tapi sebab dah jarang dgr mp3 maka aku tak update mana yang perlu kut
lagu ni lagu zaman sekolah menengah zaman isma tengah sibuk bercinta dengan fikri mendayu-dayu kalau dia nyanyi
aku nyanyi takdelah mendayu sangat part japan tu pun aku tak tahu
tapi lagu pasal long distance relationship ni aku tak berapa pro sangat haha
ramai yang kata kunci sebenarnya ialah comunication dengan trust
mungkin, bukan semua relationship boleh end up dgn baiknya
still, banyak je berlaku kecurangan mcm contohnya, bila kau sunyi pakwe kau takde mulalah pasang niat nak cari scandal
haha tapi sayang, habis tu kalau kawin? kalau tak belajar setia sekarang? nanti kawin nak curang tu aku rasa besar kemungkinan ada
susah nak jumpa novel yg cerita lelaki curang sebab benda baik semua cerita sbb jauh sbb bosan
kan?
kenapa kita bincang isu ni? aku…

XI

bismilahirahmanirahim

aku diam membuang pandangan. tidak ku hirau sekelilingku. lagi-lagi teman di sebelah. 
"dengar tak ni?"
"hmm. dengar."
mendengar jawapan aku membuat dia turut membuang pandangan ke depan. sukar untuk tebak apakah yang bermain di minda dia. minda ku? selirat dengan wayar-wayar yang tiba-tiba wujud hari ini.
" jom." 
Dia bangun tiba-tiba. aku yang belum puas berfikir ini jadi terpinga.
"nak pergi mana?"
"sana."
jarinya lurus menunjukan deretan gerai. hish dia ni, lapar lagi ke?
"Tak, tak lapar pun tapi rasa nak makan aiskrim."
dia sudah pun mengatur langkah ke sana. Aku memerhati rentak langkah kaki dia. Tuhan, apakah kesempurnaan yang aku cari? atau aku sedang menafikan apa yang sedang Engkau beri?
Dari jauh dia melambai, senyumnya terukir manis. Saat itu aku tahu, aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia.
********************* Nisrina Syaurah