XIII
bismilahirahmanirahim
Kaca mata aku tanggalkan. perlahan mata ku gosok dengan tangan.
tidak pedih, cuma aku merasa kurang selesa. barangkali duduk mengadap komputer terlalu lama.
ku cuba alih pandangan ke arah lain. mencari sedikit ketenangan itu mata ini.
"Rina."
aku cari punca suara. Ada dia di sebelah kanan.
Dia kemudian mendekati aku dan menarik kerusi di sebelah kanan.
aku perhati tindak tanduknya. Cuba mencari ketenangan lagi.
"Nampak resah?"
"Gundah sebenarnya"
entah mengapa debar di dada mulai terasa. aku jarang duduk berdekatan dengan dia. jarang sekali
namun hari ini, bukan sahaja resah dan gundah. entah rasa apa yang bercampur aduk.
"Kau cari apa?"
"Maksud kau?"
"kau macam tercari cari sesuatu? nak aku tolong carikan?"
dia pamer senyum. Ah indahnya. Aku balas senyum itu. cuba menutupi rasa yang sekali lagi hadir.
"cari cinta."
***********************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)