Posts

Showing posts from February 17, 2016

Mentor

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum berdebar rasa jantung. Telefon bimbit hitam itu aku gapai di celahan poket. perlahan aku menarik nafas. cuak. gelisah. takut. semua aku rasa. ruangan mesej diterima itu aku buka semula. datang sekarang ya, saya ada kelas 3-4. Pintu pejabat AQel itu aku pandang. tanpa aku sedari bila entah aku telah berada di hadapan front desk  pejabat itu. " cari siapa ya?" aku hulur senyum sebelum menyambut sapaan pekarja tersebut " Puan Aida ada?" " Sekejap ya" dia berlalu ke arah kanan pejabat. deretan pintu bilik yang berada di hujung di ketuk. seketika dia kembali ke ruangan hadapan pejabat. " masuklah dik, Puan Aida tunggu." usai mengucap terima kasih, aku berlalu ke arah deretan pintu tadi. sampai di hadapan pintu itu aku pandang pada nama yang terlekat di pintu AIDA OTHMAN Pengurus Kualiti ketukan perlahan aku beri. suara halus memanggil aku ke dalam.