Posts

Showing posts from 2018

24

Image
bismilahirahmanirahim Alhamdulilah, Blessed with 24, may Allah ease the journey ************* Nisrina Syaurah

To All Boys I Loved Before

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt secara jujur ini bukan surat cinta untuk mana-mana lelaki yang aku suka, pernah suka atau masih suka HAHA aku tak berkesempatan nak tengok Movie ni jadi beberapa hari pada minggu lepas aku TERDownload dan TERtonton cerita ini pada jam 12 tengahmalam good choice Nisrina This is one of realistic movie sangat realistic sangat relatable  sangat mudah di faham dan sangat seronok kalau di baca novelnya aku memahami sesi keadaan yang Lara Jean alami mungkin betul, menulis surat cinta itu mudah membayangkan cinta juga mudah tapi realiti di depan mata sukar bukan? okay, jujurlah aku bukan remaja yang habiskan masa dengan bermesej dengan pakwe bergayut 24 jam dengan pakwe hujung minggu dating yes, aku tak alami perasaan bercinta dengan INDAH ikut teori manusia jadi mungkin aku tak alami indahnya macam orang couple rasa cinta memang indah orang bercinta

Di Awal Oktober

bismilahirahmanirahim dalam peredaran waktu aku cuba selitkan diri aku agar hidup di tengah manusia kopi tak pernah lali buku masih di celah tangan cuma fikiran aku kerap melayang aku jadi gundah dan tak pasti benarkah? kerap kali aku tersadung tapi tak sempat aku jatuh ku betulkan langkah kecil ku benar semua tak indah macam kita sangkakan tapi Tuhan tak pernah mati kan aduhai, laju aku menaip di sini tapi di depan manuskrip kaku terus mungkin aku perlukan jalan cerita yang berbeza jalan cerita yang mudah tanpa konflik berat tapi kena pandai jaga aturan cerita plot larik terbang tinggi tak pulang hahaha mungkin october mahu beri bahagia. aku kira ini satu bahagia tak mengapa  aku suka sekurangnya aku punya waktu menghadap papan kekunci di depan mata juga skrin putih melayar cerita baik moga ada kemudahan nanti doakan aku ya? ************************** Nisrina Syaurah

Review Buku: Dia, A

Image
bismilahirahmanirahim Hai guys! So memandangkan jiwa aku rajin hari ni semalam aku baru baca habis novel ni so lets Reviews by Nis   Novel ni diterbitkan sekitar tahun 2017 which is aku memang dah lama nak beli tapi Alhamdulilah, dapat gak merasa  kita mulakan dengan blurb dia belakang kulit buku c inta pertama itu beracun, melumpuhkan sehingga tak mampu dia berdiri tanpanya. Sepuluh tahun dahulu, Farhan jatuh suka pada Abiir. Apabila rasa hatinya ditolak, dia pergi membawa diri. Book’s Cottage menemukan mereka kembali. Dan di situlah Abiir berdiri tekun melayan pelanggan. Nampak makin manis. Nampak makin matang. Selepas sepuluh tahun... Namun, Abiir yang sekarang ini bukan seperti Abiir yang Farhan kenal dulu. Hilang sudah Abiir yang sentiasa senyum, ceria dan aktif. Puas sudah dia bertanya, namun tak pernah dia mendapat jawapan. Abiir seperti sedang bersembunyi dan hidup dalam dunianya sendiri. “I mungkin se

di penghujung julai

bismilahirahmanirahim dalam ruangan sepi yang cuma ada aku dan waktu disini aku diam sendiri deretan manusia melambai-lambai melangkah jua meninggalkan aku sendiri ku tarik nafas tenang untuk kurangkan gundah dalam jiwa tapi yang ku jumpa sesak tanpa kata aku mulai mencapai pen dan kertas semula baru ku akui, tulisan ku buruk kata abang, tulisan budak tak matang begitu lah aku masih menarik nafas entah bila di tanya jawapan ku masih sama entah orang tanya lagi entah orang bising lagi masih entah vision ku wujud bukan lari ke mana-mana cuma aku taktau benarkah ini jalannya entah mungkin aku patut sedar, Julai sudah tiba di hujungnya mungkin aku patut sedar sudah sampai waktu untuk aku keluar kembali **************** Nisrina Syaurah

Julai

bisimilahirahmanirahim July is here, maka berserabut lah aku dengan wedding. bila tengok checklist. dari banyak-banyak tu, ada 3 benda je baru siap dan majlis lagi 2 minggu. benda boleh settle tapi aku tak gerak buat. huhu Esok nak settlekan bunga for the Laila Engagement. Aduhai, kalau wedding lela aku kena sembelih dah ni sebab tak pergi. Tapi merancanglah hebat mana. Allah jugak Maha Hebat. serabut. aku ingat Julai will be easy. haha sayangnya impian tinggal impian. at the end of the day only me, myself and Allah. so sekarang sebab aku officially no job, no money and no life. huhu baca buku, layan movies, write down important things, kemas bilik, masak, menulis sepatah dua perkataan dan kemudian tidur. benda lain? tak berapa nak hirau. tapi apa yang paling selalu aku buat adalah check balik timeline yang aku tulis. setiap hari selak and check, which stage I am. it never been easy, tapi aku terasa lah macam kena downgrade sikit. banyak sebenarnya tapi aku amik ti

Review Buku: Impian Jalanan by Teme Abdullah

Image
Bisimilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt hai para pembaca yang rajin berkunjung tiba Dah lama tak buat review buku. Jadi aku kira banyak masa terluang (baca; masa terbazir) aku buat review buku ini. so start baca sebelum zuhur tadi, habis baca lepas asar. (belum campur waktu solat dan layan anak kecil juga mengaji) As usual, kalau buku Teme memang aku perlukan waktu yang sesuai dan of course Scripti Note untuk aku tampal mana-mana qoute best atau mana-mana conversation best between Ahmad dan Teme dua buku sebelum ni tak tulis review sebab takde masa (baca: lupa wujud blog) jadi yang ni sementara aku masih bermood nak menulis dengan jayanya here we go "Orang kata melukis tak boleh jadi kaya. Tak boleh jadi jutawan. Tak apa. Biar aku cuba." Kata Teme. dia nak cuba jadi pelukis. nak ubah tanggapan masyarakat yang anggap melukis tak boleh bawak kemana. masa baca ayat atas ni, masa tu Teme tweet. Dalam hati terus terdetik, kena

Akan Ku Jumpa

bismilahirahmanirahim Ku mengatur langkahku Berjalan tanpa bayang-bayangmu Langit dan bumi setia, menemaniku Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku Ku kepanasan tanpa perlindunganmu. Hari berganti hari aku masih teguh menanti Hadir diri Mu dalam hidupku ini Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari Namun yakinku Kau kan kutemui Ku takkan pernah cuba berhenti Langkahku mencari Cinta Yang ku tahu hanya tuk diriku Kan ku terus cari sampai hujung dunia Kerna ku tahu akanku jumpa dirimu Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu Kulihat semua gembira Bila mengenali erti Cinta Senyuman ku beri hanya duka Bila ingin Teman tuk berbicara Cinta jangan sembunyi Mataku kabur mencari Hadirlah dalam hidupku ini Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba Untuk mengejar dirimu  Always find my way to find you Rabb Jangan sesekali kau palingkan wajahMu dari ku Izinkan selamanya cinta ini bertakhta di hati ku mohon moga kau tak pergi. Terima Kasih Tuh

Selami Jiwa

bismillahirahmanirahim Ku lakukan semua hanya untukmu Biar kau tak mengerti apa maksudku Namun masa terlalu singkat Untuk aku buktikan padamu Untukku... buktikan padamu Ku jejak tiap haluan dia tuju Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia Ku harap malam tak muncul bintang Kerna mereka tahu aku tak sama Ku harap malam tak muncul bintang Kerna mereka tahu aku tak sama Jalani hidupku jadi dirimu Mencari sesuatu yang pernah hilang Namun hidup terlalu singkat Untuk aku buktikan semua Untukku... buktikan semua ***** Kalau lah semudah itu... Maaf aku terlalu penat Nisrina Syaurah

Angin Rindu

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Kelmarin aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah ya balik Melaka dengan izin Allah, mudah urusan pulang ke lubuk  kemudian menjenguk makcik-makcik di sawah dengan indah permai angin petang belum juga lupa angin deruan tepi Masjid Selat yang sentiasa dirindukan lalu aku bawa gusar di hati bersama angin lalu doaku, Moga Allah sampaikan rindu ku juga Allah bawa pergi resah yang sekian lama di hati bertahun dalam kisah ini aku sedar ini hidupku, lari ke mana pun  ini masih hidup ku sebati terikat sampai mati. kelam sebenarnya tapi bagaimana lagi perlu untuk luahkan cuma dengan senyuman belum cukup beri aku kekuatan Tapi tulah, Tuhan masih ada. kita ni aje berlagak abadi kalau mahu di lukiskan garis masa aku kira memang indah tapi peritnya cuma aku yang tahu tapi tulah buat apa nak cerita semua benda haha kata Kak Suraya " kalau kahwin itu bahagia, kau tengok akak kau ni

Sampai Masa

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Sesuatu yang tak kau duga sering saja menjadi alasan pada sesuatu yang kau cinta kadang kan, bila orang tanya kat aku " ni maksud apa wei" sebenarnya, aku pun kadang tak ingat apa yang aku tulis. dan aku sendiri kadang menaip je bawah sedar kagum kadang dengan diri sendiri eh? abaikan wahai para pembaca. dunia ini tak lah indah belaka tapi bak kata Mato "make yourself happy" hah tengah cuba lah ni. so aku decide banyak kali nak pergi PBAKL 2018 ni sebab dah lama sangat aku tak spend masa hadap buku-buku yang boleh hidupkan kepala aku dari asyik kosong semata maka, aku pujuk abang bagi masa rehat sehari alang nak jadi personal shopper aku habiskan terus masa kat PWTC tu dan di hujungnya aku gembira masa aku cuba nilaikan kembali. betul aku nak pilih jalan ni? atau aku nak je stop semua benda ni dan jadi penulis? hmmmmmmm hasil penulisan aku bukan bagus pun

Selamat Tinggal Kenangan

bismilahirahmanirahim beberapa hari yang lepas aku bertemu dengan Adlina menyusuri laluan kecil yang penuh dnegan hidup berbagai resah dan watak yang dicerna niat untuk menulis email aku bantutkan entah mengapa aku jadi tawar sendiri mungkin aku tahu bukan begitu caranya haha aku jadi tertawa sendiri sering kali menangisi diri rasa malu yang menebal dan rasa berdosa yang kau tak boleh hindar lalu aku pilih sendiri mungkin benar kata Afa biar ia datang sendiri wahai cik hati, tidakkah sekali kau berpendapat seperti ku biarkan aku bahagia dengan cara aku terpuruk disini dan meyulam kisah sendiri menjadikan aku ikhlas pada diri kasihan pada diri ini di biar sedih seolah tiada ganti di biar sepi seolah tiada kegembiraan lagi  aku kira diri di mamah rutin ini kerap membuat aku hilang arah hilang rasa hilang realiti mungkin keluar seawal mungkin dan cuba pulang seawal mungkin juga namun masih sahaja 12 jam dari celik mata seh

Serabut

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum berat dan sarat perit jugak aku tak tahu  nak fkir banyak betul benda tapi aku rasa memang patut aku tinggalkan belakang tak berbaloi pun kalau stay aku rasa aku penat sorang sakit sorang yeah, aku memang bagus bab bagi advice nak bagi practical tu wei Ya Rabb Tuhan je tahu aku bukan baik (aku memang tak baik) aku banyak benda serabut banyak benda kena betulkan banyak benda tunggang terbalik banyak benda yang tak indah kat mata tapi aci redah je banyak hal sumpah banyak tapi aku pegang satu Apa pun Allah ada dengan aku sakit ke sedih ke sekejap je lepas tu aku kena jalan gak cemana pun DIyan kata jaga hati you, Ad kata kau akan dapat yang lebih baik Elly kata doa banyak2 Din kata gi jalan lah yes, naik turun benda ni aku syukur satu benda all my girls be there all friends yang knowing me outside inside will be my backbone kata Oda, kau nak sedih sampai ma

Sempurna

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum sejujurnya aku tak tahu bila kali terakhir aku menjenguk blog nan sunyi ini haha baik so I wish to end the 25 songs tapi tak terhabis tunggu ah mood wujud. and yes! konon nak tulis 3 tahun punya cerita kat unisza end up aku tak jugak menulis konon jugak nak tulis rumusan 2017 cum 2018 punya check list ya masih tidak jugak aku tulis hehe but tonight aku cuma nak menulis ditemani lampu jalan di hujung sana tenang cahayanya menembusi tingkap bilik tingkat 7 ini bersama deruan angin kipas siling di serikan lagi dengan angin malam ah! Nyamannya jiwa the first january is totally busy nak mati gap tak sampai seminggu from paper habis sampai ke first day intern aku masih serabut esok? genap 2minggu maka esok kena hantar laporan muahehehe ya aku rasa hidup aku tetiba berubah 320 darjah banyak benda tak expect  terjadi tanpa sedar life never been as easy as we think or we want banya