Posts

Showing posts from 2017

Akhir Untukku

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
ligat kaki melangkah membawa diri ke Tingkat 3 perpustakaan yang serba penuh dengan manusia yang sibuk mencari ilmu
aku jadi gundah rentetan kisah kelmarin dan aku seakan tersekat dalam dunia aku sendiri
mungkin benar aku lari dari manusia mungkin juga aku sedang menafikan segalannya
masa tak pernah seiring dengan Adlina waktu seakan punah bila dengan Diyanah dengan Elly, semuanya seakan hilang dari radar
bukan salah sahabat cuma aku sendiri kurang pasti dimana entah silapnya
bosan. aku bosan dalam kisah hidup yang mendatar ini seolah aku terlampau penat dengan tiada apa-apa
entah, sendirian itu penuh dengan misteri bila aku dengan dunia aku sendiri bila aku tak mahu orang kisah pasal aku sendiri bila aku dah muak dengan kisah hidup
sendiri itu lebih baik tanpa manusia yang seringkali buat aku sukar untuk percayakan diri sendiri
jatuh dan hilang aku kira ini yang terbaik masa untuk tidak bertemu dengan sesiapa duduk dan diam tak perlu untuk ak…

entah kali ke berapa

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
rentetan kisah hidup kau alami hari ini kadangnya tak sama seperti kelmarin kadangnya juga serupa
macam kau pergi kelas balik kelas pergi makan tido dan kemudian kau ulangi kisah yang sama
aku jadi terhenti seketika bila orang bertanya bagaimana keadaan ku
pelik bukan kerna aku sendiri jadi kaku
apa yang aku lakukan dalam hidup ku rencahnya tak sama macam yang aku tumiskan bila ku cuba rasa di hujung lidah berbeza setiap kalinya
mungkin aku sedang alpa dalam dunia yang aku sendiri cipta kelak kau harus cuba untuk percaya bukan semua yang kita tarifkan itu mengikut acuan sepanjang masa.
aku sendiri masih belum pasti ini atau itu bukan atau ya manis atau pahit laju atau perlahan
tapi satu yang ku pasti aku masih bertatih penuh perlahan menapak di jalanan biar di hina dari segi keupayaan asal aku tenang dalam senyuman
memang masakan tidak perit menjalani jiwa yang kadang gundahnya lebih dari nyata lebih dari apa yang kita jangka lebih dari apa ya…

Apakah Yang Memungkinkan Aku Jatuh Cinta Padamu?

bismilahirahmanirahim


Semalam aku bermimpi tentang kamu dan teman-temanku raut wajah mu, senyum simpul mu riak tenang dalam gundah membuat aku terhenti seketika
Apakah yang memungkinkan aku jatuh cinta padamu?
tiap kali kau berpaling dan mengukir senyum aku jadi gundah keliru dengan apa yang aku rasa
tiap kali kau tersenyum mesra ku lihat ada pelangi indah muncul bukan untuk seketika tapi penuh dengan warna
Semalam, lewat mimpiku aku melihat keriangan di wajah teman-temanku tapi aku sendirian jauh terpuruk dari mereka seolah aku tak pernah wujud dalam hidup mereka
tapi kau tegar di sisi mengukir senyum sambil bersaksi bahawa engkau akan tegar disisi tak kan pergi sebegitukah janjimu?
pagi ini nyaman indah dari biasa tapi sayang kau tiada begitu mereka
aku masih sendiri dalam kamar sepi bawah lohong langit dan juga mentari aku merindui kamu dan mereka
sekian kalinya ku usik hatiku apakah memungkinkan aku jatuh cinta padamu?
khabarkan pada ku apakah berbaloi penantianku ini? apakah bena…

Day 21-Your Favorite Song

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum
Day 21- Your Favorite Song
Ini yang paling susah sungguh sebab aku suka je semua jenis lagu dalam playlist tu sebab aku akan dengar ikut mood even masa menulis
muzik-muzik tu semua main peranan penting maka aku takde yang di panggil Kegemaran tapi aku mungkin kena pilih satu yang paling kerap aku dengar
kut haha
macam sekarang, playlist ni tengah berlagu "Babak Cinta-Tengku Adil" juga " Mungkinkah Terjadi-Spider" belum lagi setiap malam " The Chainsmoker-Something Like This" mungkin juga "Closer-Chainsmoker
juga satu album Avril Lavigne mungkin juga Hujan, Laila Lounge, OAG,
all kind music yang bawak aku terbang jauh ke dalam khayalan asalkan liriknya menjiwai dan asalkan rentaknya di senangi
dah termasuk "kegemaran" aku
tak perlu artis cantik/hensem tak perlu nama/jenama asalkan dia ikhlas menulis lagu kau akan tahu kenapa aku suka lagu tu belum lagi sebab aku rasa aku sama seperti penulis dan pencipta…

XII

bismilahirahmanirahim


Laju Zaiha menarik kerusi di sebelah aku.  nafasnya jelas tidak teratur.
"Anything?"
"Amir!"
" Amir? Amir mana?"
" Senior sekolah kita dulu tu. Alah, yang ketua pengawas tu."
Aku mencicip kopi di depanku. Nikmat! 
"Ingat tak?"
Ligat fikiran ku membuka kotak memori. Mencari gerangan yang bakal menjadi topik utama Zaiha.
"Kenapa dengan dia?"
Zaiha pamer senyum.  Aku paling wajah sekilas. Sudah ku tahu ke mana arah tuju perbualan kali ini. Not again.
" Dia tanya pasal awak."
Mata Zaiha bercahaya. aku berpura tak perasaan akan hal itu.
" Dia tanya macam-macam. Kita rasa dia suka kat awak."
Aku masih mencari wajah itu dalam kotak-kotak yang berselirat. Oh! sudah aku jumpa. Jejaka kurus, berkulit sawo matang, paling aku tidak suka, dia sering mengejek saiz badan ku.
"Awak dengar tak kita cerita ni?"
aku angguk perlahan. 
"So, awak tak kisah lah?"
"Kisah apa?"
e…

Day 20- Last song on itunes

bismilahirahmanirahim

Day 20- Last song on itunes
Zivilia- Aishiteru!
okay, secara jujurnya aku tak tahu kenapa lagu ni masih lagi aman damai dalam list song aku. haha. tapi sebab dah jarang dgr mp3 maka aku tak update mana yang perlu kut
lagu ni lagu zaman sekolah menengah zaman isma tengah sibuk bercinta dengan fikri mendayu-dayu kalau dia nyanyi
aku nyanyi takdelah mendayu sangat part japan tu pun aku tak tahu
tapi lagu pasal long distance relationship ni aku tak berapa pro sangat haha
ramai yang kata kunci sebenarnya ialah comunication dengan trust
mungkin, bukan semua relationship boleh end up dgn baiknya
still, banyak je berlaku kecurangan mcm contohnya, bila kau sunyi pakwe kau takde mulalah pasang niat nak cari scandal
haha tapi sayang, habis tu kalau kawin? kalau tak belajar setia sekarang? nanti kawin nak curang tu aku rasa besar kemungkinan ada
susah nak jumpa novel yg cerita lelaki curang sebab benda baik semua cerita sbb jauh sbb bosan
kan?
kenapa kita bincang isu ni? aku…

XI

bismilahirahmanirahim

aku diam membuang pandangan. tidak ku hirau sekelilingku. lagi-lagi teman di sebelah. 
"dengar tak ni?"
"hmm. dengar."
mendengar jawapan aku membuat dia turut membuang pandangan ke depan. sukar untuk tebak apakah yang bermain di minda dia. minda ku? selirat dengan wayar-wayar yang tiba-tiba wujud hari ini.
" jom." 
Dia bangun tiba-tiba. aku yang belum puas berfikir ini jadi terpinga.
"nak pergi mana?"
"sana."
jarinya lurus menunjukan deretan gerai. hish dia ni, lapar lagi ke?
"Tak, tak lapar pun tapi rasa nak makan aiskrim."
dia sudah pun mengatur langkah ke sana. Aku memerhati rentak langkah kaki dia. Tuhan, apakah kesempurnaan yang aku cari? atau aku sedang menafikan apa yang sedang Engkau beri?
Dari jauh dia melambai, senyumnya terukir manis. Saat itu aku tahu, aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia.
********************* Nisrina Syaurah

Kaklong

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
hari ni hari paling aku rindu aku rindu kaklong jujur
aku rindu nak jalan-jalan dengan kaklong aku rindu nak borak pasal hidup dengan kaklong aku rindu nak mintak dia belanja itu ini aku rindu nak cerita aku penat belajar aku rindu nak cerita mak marah aku aku rindu nak cerita aku punya impian aku rindu nak cerita aku masuk contest menulis aku rindu nak masa berdua dengan kaklong aku rindu dengan perkongsian dengan kaklong aku rindu kaklong sangat-sangat
dulu aku nak sangat kaklong kahwin aku nak kaklong bahagia aku nak kaklong rasa gembira aku nak kaklong ada orang kurangkan beban dia aku nak kaklong takyah susah2 pikir pasal aku dan abang2
ya. kaklong dah kahwin Allah dah makbulkan satu doa aku tapi aku tak tahu kaklong bahagia ke tak aku tahu Raqib tu kebahagian kaklong dia juga kebahagian aku
selama ni aku lebih banyak rindukan Raqib sebab aku jaga dia dari hari pertama lagi makan pakai kencing berak mandi tidur semua aku urus masih juga s…

Selitan Masa Lalu

Image
bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
secara jujurnya, mengapa baru ada entry bukanlah kerana kemalasan aku tapi sebab draft banyak sangat dan aku tak tekan button publish. haha!
so what we gonna talk today? past few weeks was hectic gila nak mati waktu tu cuma berharap, Ya Allah kalau Engkau nak tarik nyawa aku, biarlah aku pergi dengan taubat ku diterima.  tidur pun aci selam je otak tak berapa nak center everything macam out of control tapi tulah, Allah tu sentiasa sayangkan kita and semua pun berlalu begitu saja, yang tinggal?  5 paper dalam dewan yang setaraf musim sejuk di jepun haha
baru-baru ni ada seorang kawan whatapps dia ni memang suka tanya soalan sebagai kawan yang baik, aku pun jawab pertanyaan dia. hehe
" kadang-kadang patut ke kita salahkan diri kita if kita pernah buat keputusan yang salah?"
sendu jugak soalan dia. waktu dia tanya if aku tak silap dalam lepas maghrib nak ke isyak biasanya lepas baca soalan dia aku akan take times nak balas balik tapi ma…

Day 19- First Song in your ipod/itunes

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
since aku guna mp3 yang dihadiahi rakan-rakan tercinta maka lagunya ialah
Day 19: First Song in your ipod/itunes
01-Colbie Cailat: Fallin' For You
haha. lagu ni aku paling minat masa form 5 masa ni tengah got crush for someone dan masa yang sama, aku guna lagu ni untuk habiskan cerita novel pertama aku lagu ni jadi selingan jelah waktu tu tapi aku suka gila lirik dia
sebab memang kena dengan waktu lah yalah, masa tu was-was lagi aku ni suka dia ke tak dahlah asyik terfikir je betul ke tak ke memain je ni
haha kelakar rasanya btw, aku dengar balik lagu ni sambil tulis sebab nak gain balik memori dengan lagu ni haha
mungkin yang aku suka adalah slang colbie cailat sendiri kut pastu semua lagu dia aku suka nice and smooth the way dia pronouns words by words tu show identity dia sendiri pastu mungkin jugak kejujuran di balik rasa masa sampaikan lagu cehwah ayat aku hahahahaha
that alls I guess
:)
"Fallin' For You"

I don't know …

kosong

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi aku harus , WAJIB menulis sebab menulis tu satu keperluan. aku kira.
aku rasa, aku dah banyak habis masa dengan memerhati dan patutnya aku dah boleh tulis analisa pemerhatian aku tu tapi aku asyik terganggu je lately.
dengan kesihatan yang tak berapa nak elok aku tahu, Allah nak ampunkan dosa. masih tak berapa nak kukuh lagi tapi aku usahakan untuk teruskan kehidupan. Yalah, bumi mana yang tak di timpa hujan.
jadi aku kira, (aku masih berkira-kira lagi) aku suka kira-kira. sebab tu stuck belajar finance  semua tu ada benda yang nak jadi macam, jalan pulang menuju Tuhan?
banyak sangat duduk dengan duniawi ni sampai lupa tujuan sebenarnya. tersasar pada jalan tak bermakna kita tak akan jumpa jalan pulang. sedang cahaya tu terang benderang, cuma kita selalu menidakkannya. ada perkara kita rasa dan cukup sempurna, tapi hakikatnya kekurangan tetap ada. sempurna mata kita tak semestinya sempurna juga di mata…

2017

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

TO DO LIST 2017
1. Siapkan manuskrip 2. Cari duit banyak sikit 3. Pergi bercuti kat pulau 4. amik lesen keta 5. habiskan degree dengan jayanya 6. buat program khidmat masyarakat dekat luar malaysia 7. fokus pada diri sendiri 8. kutip pengalaman lagi banyak 9. jangan takut nak cuba benda baru 10. makesure mental fizikal semua ready 11. takyah kisah pasal lovestory 12. kisah pasal diri sendiri 13. Khatam Quran at least 2 kali (letak sikit sbb takut mungkir janji) 14. Lazimi solat sunat 15. Dhuha tak tinggal 16. puasa isnin khamis 17. tahajjud paling kurang seminggu sekali 18. cuba untuk tak ponteng kelas 19. rajin tanya khabar Adlina, Elly dan Farah( 3 orang yang perlu cari, kalau tak bahaya sikit) 20. kurangkan sakit hati, redha dengan semua ketentuan Allah 21. bawa quran ke mana sahaja 22. usha intern company 23. Kena RAJINKAN DIRI 24. kurangkan makan fast food 25. pergi gym, jog, jalan kaki, main basket selalu 

okay kut 25 perkara dulu. hujun…