Posts

Showing posts from December, 2022

Cerita Dia

 bismilahirahmanirahim Aku cuma mahu cari ruang yang aku boleh tulis. macam biasa sini takde siapa yang akan baca.  Aku cuba faham dan kutip satu persatu apa yang pernah aku ada.  terutama tentang dia. dia yang aku cinta. Sejujurnya aku sentiasa tidak mengerti di tahap mana aku berada. di hatinya atau sekadar di matanya.  kadang-kadang aku cuba prove the point yang tidak ada. sekadar untuk aku kononnya yakin dengan apa yang Allah bagi. tapi turn out it's all just aku, dalam kepala aku.  Bila aku duduk dan hadam satu persatu. aku tahu apa yang dia buat, itu cinta.  Dia sentiasa lewat untuk setiap janji temu. tapi dia tepat masa hari lahir aku.  Dia tak berani sangat nak cuba makanan baru. tapi kalau aku yang hulur, dia rasa.  dia tak suka kopi, tapi dengan aku dia sanggup teman berjam janji aku dapat secawan kopi.  dia tak suka ramai orang, tapi dia redah kalau perlu untuk aku. dia yang suka argue dengan semua benda, tapi dia mengalah dan tak tinggi suara dengan aku.  Dia yang suka