Posts

Showing posts from 2021

Surat Terakhir Aku Kirim Untuk Kau

 Bismillahirahmanirahim Telah aku kirim surat terakhir untuk kau Telah aku curah segala rasa yang aku pendam pada kau Entah mengapa akhirnya aku masih lagi mahu menulis di sini Barangkali kerana di sini bermula cerita tentang kau Bagaimana aku mula menjejaki tentang kamu Bagaimana aku ingin mengenali mu Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta pada mu Mungkin saat kau menemuikan coretan ini  Ketahuilah hanya engkau yang benar-benar tulus aku cinta.  Kelakar sebenarnya aku rasa. Dalam banyak-banyak cerita, dalam banyak-banyak jejaka Dan juga mereka yang pernah menghuni atau yang cuba-cuba mengintai Tidak lah dapat aku menidakkan kau yang terindah Masih kelakar saat ku hulur sekeping surat itu Masih kau bertanya tentang hati ku Maka aku jadi takut mengaku cinta yang sekian lama ada Tahu kah engkau surat itu tanda aku sedang mengikhlaskan hati aku Mengikhlaskan hati aku jika sememangnya kau bukan milik ku Sesuai dengan kehendak Ilahi Kerana itu aku kirimkan sekeping surat untuk mu.  Kerana aku

Lumpuh

 bismilahirahmanirahim Dan pada ketika kau lumpuh dengan dunia cuba aku selam jiwa ku sendiri aku tenggelam dan aku jadi taktahu air mata sekadar air mengalir tanpa henti dan kemudiannya aku masih sepi tidak mengetahui mengapa jiwa aku kabur aku dah taktahu apa sebenarnya mengugah jiwa ku aku tekankan dalam-dalam supaya aku tak lemah dan aku tidak ulang kesilapan yang sama aku cukup tayang yang baik tapi untuk orang terima buruk aku cuma aku je yang tahu sebanyak mana aku tahu aku tak mampu sendiri sebanyak itu aku tahu, aku tak layak untuk sesiapa dan akhirnya aku telan semua sendiri. ada banyak benda aku tak mampu nak cerita belum lagi bahagian yang sendiri tak tahu kenapa dan aku tahu orang cuma kesian itu sahaja kesian akan remains kasihan takkan ubah apa-apa dan cinta yang aku pendam aku pilih masih lagi untuk pendam. biarlah cukup aku tahu aku tenang sendiri. 

Cerita Gembira

 bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Dah lama tak menulis dalam ni. rasa nak menulis benda gembira je. tapi aku tengah rasa sayu sangat ni tau-tau je air mata mengalir bercampur baur semua rasa ada lepas tu bukak blog  menulis  lepas tu scroll social media pastu bukak balik sini pastu sambung tulis  pastu tulah aku tengah sedih lagi. dah berapa hari air mata mengalir. lepas kepala mula mengarut belum masuk lagi beberapa benda yang tak terbuat. so aku rasa tak berjaya ni nak tulis cerita gembira nantilah aku tulis lagi haha.