Posts

Showing posts from 2016

Nov

bismilahirahmanirahim jadi gusar pada diri sendiri bila hati dan akal tak lagi selari haish, lama nya tak menulis lamanya tak bercanda bersandiwara haha sekejap je masa berlalu penuh dengan cerita duka dan tawa dan aku? masih terpuruk di sini menanti sesuatu yang tak pasti kelakar rasanya sebab aku bukanlah apa jadi sengaja membuka pada kenangan lama aku selak balik entry lama2 dari zaman menulis mcm budak wicet sampailah penulisan jadi matang segalanya berubah mungkin seiring dengan usia? haha propa terlebih kadang tu, hati kita ni beria je nak melonjak buat itu buat ini tapi akal pulak melarang vice versa gak bila soal akal dan hati mengada je memasing aku tak plan nak menulis pun tengah malam gini tapi aku terasa terlalu lama tak menulis ntah apa ntah masa aku habiskan rasa sayang dengan benda yang terbuang bergitu sahaja sayang sebab aku rasa boleh produktif lagi tapi tak pun oh, aku nak tulis ju

masa.

bismilahirahmanirahim dua tiga malam ni memang mata perit nak lelap. di hujani pelbagai soalan, dengan assignment bertimbun. aku jadi pelik. aku tak tahu. ni apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya. adakala aku masih lagi diri ku yang lama. tunjang kepada kekuatan aku yang baru. sebahagian khai mungkin boleh menerima tapi sebahagian nisa? masih lagi menimbang tara. bukan niat aku nak bersembunyi. jauh sekali nak berdrama, cuma hidup realitinya terpampang di depan mata. sekilas Allah memberi, aku jadi takut hendak membuka sampul itu. apakah ujian atau sebaliknya? benar, usia bukan ukuran tapi aku? masih tak tahu lagi kekejaman yang dunia sedang tuliskan. bukan mudah, bila terletak di bahu sendiri. kali kedua ini, bukan aku tidak mahu berbicara soal kematangan. tapi titik mula untuk hari esok itu seaakan bebanan kelmarin. sekejapan Allah menduga, apakah aku tidak ikhlas melepaskan dia? cuba untuk aku simpulkan tapi tali itu sendiri tak mampu aku genggam kemas aku takut terlepas dari ta

Tudung Labuh vs Akhlak

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum nak menulis isu ni perlukan jangka masa yang panjang agak panjang dan ini secara jujur padangan peribadi seorang Nisrina kerana saya pernah melalui dua zaman tersebut jadi saya menulis dari sudut pandangan saya gadis picisan Tudung Labuh vs Akhlak satu ketika dulu, seseorang pernah mengulas dan meminta saya memberi pandangan dan saya masih berpendapat yang sama tapi satu jelah lain orang lain citarasa haha baiklah betul, saya tak nafikan isu tudung labuh itu dan akhlak seiring perlu dan seiring namun jangan di letakkan yang salah pada Si Tudung labuh yang salah itu pada akhlaknya tak di nafikan menjadi seorang gadis yang bertudung labuh ( saya belum pergi ke berpurdah lagi ya) bukanlah cabaran yang mudah padangan masyarakat seakan memandang kami ini orangnya alim bangat. haha ( saya ketawa kecil setiap kali menedengar) ataupun sifat pemalunya tinggi ataupun dia ni tak lut benda-

Nukilan Terakhir

bismilahrahmanirahim Assalamualaikum aku menulis dengan seribu rasa aku menulis dengan segala perit di dada berita-berita yang aku terima seakan memberi aku sebuah jawapan yang aku sendiri tak pasti inikah pengakhirannya? seketika pagi ku mulai resah.  ah persetankan rasa yang takkan pergi naskhah kecil berwarna biru itu aku capai beralun suara aku memecah hening pagi ku atur langkah ke kelas letih ku bawa dalam kelam mesej yang masuk ku layan sebegitu kata mereka aku perlu tinggalkan semua ini tinggalkan segalanya di belakang namun cuma elly yang berkata " Troll je ni. kau jangan percaya. tak mungkin lah." bila ku kupas kembali elly menyaksikan ketika hari-hari ku di penuhi dengan cerita tentang dia ketika meja kecil ku penuh dnegan ukiran namanya bagi elly aku cuma peminat biasa namun sampai satu ketika pertanyaan elly membuat aku sedar semula " kau minat dia atau apa yang dia tulis?" ya

teguran ramadhan

bismilahirahamanirahim Assalamualaikum wbt aku selak rambut ke belakang. cuba untuk menghalang perasaan teruja ya teruja katakan pada ku apakah keterujaan mu??? RAMADHAN ***************************************** tahun ni menyambut ramadhan di rantauan di bumi pantai timur darul iman seperti biasa ramadhan kali ini penuh dengan ujian ya lebih pada nafsu haha dan masih aku masih cuba untuk pertahankan nilai bersih yang masih tertinggal cuba untuk clorox hati yang penuh dengan kehitaman semoga letakknya segala keazaman sehingga ke hujungnya cuti raya pun pendek short semester memang begini pejam celik cepat aje nak habisnya dan aku haruslah mengunakkan enjin turbo untuk ramadhan juga short sem seketika, mata ku tertumpu pada banner-banner yang tergantung di pintu masuk unisza banner paling menarik berwarna putih backgroundnya dan warna hitam kuning untuk tulisannya sangat simple banner tu seolah berkata

week 13.

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt lamanya tak menulis kat blog haha. masa banyak habiskan kat telegram yalah orang dah ada channel opps! boleh lah join channel lepas ni telegram.me/nisrinasyaurah baiklah Week 13 tinggal seminggu je lagi 2 minggu lagi final exam pergh! mencabar minda minggu depan presentation berderet assigenment yg tak terhantar lagi pastu dengan takde study week lagi exam pulak 4 hari 6 paper pengsan lah mak takpe, jihad menuntut ilmu maka, dengan ini saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segaka  kejayaan dunia dan akhirat lepas ini kena tambah ithizam lebih dalam lagi kuatkan semangat bauang sifat malas rajinkan diri  beribadah bangun malam dan sebagainya di sini aku tidak harus leka dengan keindahan di sekeliling ku aku harus berani mencabar diri oh tidak aku mahu pulang hahahahahahahhahahaha Raqib sudah pandai berdiri kelak nanti dia sudah boleh b

sesak.

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt adakala hati kita meragui apakah benar yang di lihat mata atau lebih benar firasat si jiwa dan akhirnya kita tewas kerna tak tahu di mana letaknya aku tolak pintu bilik . Allahuakbar! bersepahnya! sesak rasa jiwa bila lihat bilik yang sempit dan semak sebegini rupanya haishlah, nak salah kan siapa? pagi tadi dengan bangun lewatnya, dengan subuh ke mana dengan baju tak bergosoknya dengan tudung yang carca merba Allahu Islamkah aku? aku atur langkah perlahan rasa kecewa bertindan apakah dunia ini yang lebih penting? apakah langsung tiada nilai dalam diri kau? ah sudah, berdialog sampai esok tak habis bilik ni siapa nk kemas???? aku lipat selimut bantal aku susun buku2 bertaburan di atas katil aku letak kembali ke rak meja belajar ABC itu aku letak di tepi katil pen-pen bertaburan di atas meja aku susun di dalam bekas botol-botol kosong di hujung katil kembali menghuni

Review: Aye Aye Tuan Presiden by Que Sera Sera

Image
bismilahirahmanirahim Assalamualaikum baiklah hari ni nak buat review novel sikit memandangkan mood cam baik so boleh nak buat review hihi p/s: bukan semua novel ya saya review, yang saya rasa nak review je saya review. peace yo! Aye Aye Tuan Presiden by Que Sera Sera (mak aihh tajuk kemain lagi ek) baiklah kali ni novel ini adalah romantik fantasi hah benda alah apa la tu Que Sera Sera selalu menulis novel fiksyen camgini penuh dengan magis yang tersendiri. dan kebiasaannya kalau kita sendiri susah nak faham, saya sarankan bacalah banyak kali. untuk Aye Aye Tuan Presiden (AATP) banyak watak yang diketengahkan. masih mengguna watak sebagai penceritaan utama, maka kita akan lihat novel ini dari sisi seorang Jia. watak utama Jia- Setiausaha Akhbar merangkap agen 714 Najmi- Setiausaha Sulit Tuan Imran- Tuan Presiden yang muda belia  watak sampingan pelbagai askar, ketua polis, deamon, mahkluk pelik2, dan sebagainya haha ok

Pasar

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum ketika embun turun membasahi bumi aku masih lagi leka mencari segenap cahaya pada langit nan sepi. habis seminggu cuti mid term minggu yang memenatkan sebenarnya sampai melaka pukul 3 mak sampai MC gerak pi pasar borong itu adalah satu kemestian setiap kali pulang mak akan ajak pi pasar, biasanya kami tak pergi berdua abang pun folow dan mestilah dia yang kena angkut semua jenis lauk pauk yang mak beli (bila beli ikan mak tak panggil beli ikan, kami guna beli lauk) Pasar borong pukul 4 pagi ternyata, memang sibuk ler melihat ragam penjual peniaga pedagang pembeli penyapu *eh? mata aku segar aje bukan senang nak pi pasar pepagi macam ni biasanya pergi pasar tani pukul 8 pun aku malas tapi pasar borong lain kenapa lain? sebabnya di situ ada hidup. pagi2 lagi tauke dan hantar semua barang kat pengkalan bertong-tong akan masuk bertungkus lumus menyusun barang yan

X

bisimilahirahmanirahim Assalamualaikum mata bundar itu aku tenung ke jauh kedalam. cuba untuk menyelami apa yang tergambar pada riak wajah yang diam seribu bahasa. naluri aku kuat mengatakan semua serba tak kena. jadi harus apa yang aku lakukan.  " you look different." aku senyum. " statement atau soalan?" dia balas senyum. " statement lah." mata bundar itu masih lagi ku renung. masih belum mengagak ke mana diskusi kami " aku masih sama, masih serupa. tapi berubah macam mana sekali pun aku masih aku lagi" tenang aku menutur.  " sebab kita dah dewasa ke atau sebab memang harus kita berubah ikut masa?" " ada apa pada masa bila kita perlu berubah untuknya. ada apa pada dewasa kalau kita perlu hidup sepertinya?" " Okay, aku tak faham. hahaha..." " tak payah faham lah wei." " tapi..." " babe, benda macam ni kena alami sendiri. susa

Mentor

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum berdebar rasa jantung. Telefon bimbit hitam itu aku gapai di celahan poket. perlahan aku menarik nafas. cuak. gelisah. takut. semua aku rasa. ruangan mesej diterima itu aku buka semula. datang sekarang ya, saya ada kelas 3-4. Pintu pejabat AQel itu aku pandang. tanpa aku sedari bila entah aku telah berada di hadapan front desk  pejabat itu. " cari siapa ya?" aku hulur senyum sebelum menyambut sapaan pekarja tersebut " Puan Aida ada?" " Sekejap ya" dia berlalu ke arah kanan pejabat. deretan pintu bilik yang berada di hujung di ketuk. seketika dia kembali ke ruangan hadapan pejabat. " masuklah dik, Puan Aida tunggu." usai mengucap terima kasih, aku berlalu ke arah deretan pintu tadi. sampai di hadapan pintu itu aku pandang pada nama yang terlekat di pintu AIDA OTHMAN Pengurus Kualiti ketukan perlahan aku beri. suara halus memanggil aku ke dalam.

Azam Baru

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum dah berhabuk kan? haha lamanya tak menjengah ke sini dan akhirnya setelah berpuluh kali aku di tegur mengapa di biar sepi akhirnya aku punya kekuatan jua untuk kembali ke sini ceh, tak boleh blah ayat as usual, writer block past few month, dengan diri tak stabil dengan rumah tunggang langgang dengan result ntah apa2 ntah okay hiraukan yang tu so what happen in 2016? mcm biasa, azam masih nka menulis menulis dengan hati past few weeks  banyak sangat pertandingan cerpen dan banyak jugak company yang minta untuk di hantar karya maka aku sebagai penulis picisan masih dalam dilema nak menulis atau nak memandang haha mencari sumber inspirasi  memang amat memenatkan. bukan apa, silap pandang kan payah buat nya tersangkut dengan ranting-ranting yang muncul dari mana siapa nak tanggung bila menjelang 22 ni, pergh aku masih tak percaya aku dah 22, tidakkkk banyak benda nak pik