XVI

bismilahirahmanirahim

"how's everything?"

aplikasi mesej berwarna hijau di pandang sepi.

sudah berapa hari Erin tidak bertanya tentang dia. Hari ini mesej tentang khabar memulakan bicara.

"okay, middle of going down."

"kenapa?"

"entah."

sampai situ perbualannya dengan Erin. Dia tidak berminat untuk tahu lebih lanjut. juga tidak berminat bercerita lebih lanjut.

Kemudian dia bangun. Celahan rak buku di capai satu naskah. Kembali berbaring di tilam.
perlahan dia buka di tengah-tengah naskhah tersebut.

Kalau dengan derita itu bahagia. aku pilih derita.

sebaris ayat cukup sahaja membuat dia mual. naskhah itu kembali di campak ke tepi tilam.

kepala turut berpinar. Seketika dia berasa di awangan. Jelas kelihatan di matanya, langit biru tanpa silau, burung berterbangan juga angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Ah sudah, aku berkhayal lagi. Kali ini dia tidak bangun terus. seakan ada lagi yang menanti disitu.

Anak mata melirik ke sebelah kanan. Pantas dia terduduk dari baringan. 

"Kau berkhayal tentang aku Rina?"

Dia menelan air liur. Susuk tubuh sang jejaka yang entah mana muncul kini sedang berbaring di sebelahnya.
Jelas kelihatan bibir lelaki itu yang mengukir senyum. Manis.

"Nikmat bukan berbaring seperti ini tanpa di ganggu oleh manusia lain. Indah benar khayalan mu Rina, membuat aku merasa bahagia di sini. walau hanya di dalam mimpi mu."

"Pergi! aku tak perlukan kau. aku perlu diri aku sendiri."

Dia bangkit. Bangun Rina! Hapuskan mimpimu.

"Mahu meninggalkan aku?"

Sekelip mata lelaki itu kini di hadapannya. masih bersama senyuman yang kini bertukar sinis.

"aku bencikan kau. berambus!"

"Rina sayang, Ini mimpi mu, jadi benar kau mahu aku pergi? kalau benar, mengapa masih aku disini?"

Dia diam. rumput yang menghijau di kakinya kian bertukar warna. Langit yang cerah bertukar gelap. bayang lelaki itu juga hilang terus. kedengaran bunyi petir dan imbasan kilat di langit. 

Ini petanda mimpi indahnya sudah bertukar kepada mimpi buruk sekali lagi.

******

Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku