Posts

Showing posts from July 20, 2020

Doa Sang Perindu

Bismilahirahmanirahim Di kalung rindu tanpa penghujung itu sesuatu yang berat lebih-lebih lagi bila kau tak mampu meluah sekadar mengaris pada jiwa yang rapuh dan di habiskan dengan masa-masa tanpa noktah terkadang jiwa kecil ini lebih rapuh dari apa yang bisa aku tayangkan menjadi tamak dalam permintaan aku pada Tuhan itu lebih dalam hirisan belatinya membuat aku kelam sendiri Tuhan, Rabb, adakah aku ini tidak meletakkan mu dalam setiap keputusan ku? adakah aku ini terlalu tenggelam dalam jiwa ku? adakah aku ini semakin lupa dengan mu? Tuhanku,  ku paksikan resahku pada Mu berikan aku jalan keluar dari jalan gelap tidak bercahaya ini. Tuhanku, aku pohon dari Mu kekuatan untuk aku terus berjalan mengutip sisa-sisa yang aku tidak sengaja buang untuk aku kembali pada Mu Ya Latif, jiwaku bernaung pada Mu aku mencintaiMu seadaku saat Kau mahu hadiahkan ku seorang peneman biarlah dia yang memudahkan urusan ku ke Syurga Mu. Ya Rahman, Kau sentiasa tahu apa yang bermain di hati ini setiap per