XIV

bismilahirahmanirahim


"Rina."

cara dia melagukan nama ku kedengaran indah sekali. 

"mengapa sukar untuk di tebak hati kau?"

aku cuba sandar ke kerusi dengan tenang. sambil menahan debar di hati.

"jika aku beri jawapan, adakah kau akan cuba untuk mengaplikasikan ia?"

Dia diam. namun di balik ekor mataku, aku lihat dia simpan senyum.
beritahu aku, apa mungkin kau boleh diam melihat senyum indah si jejaka yang diam-diam kau menyimpan rasa pada dia? 

"aku teringin sekali meneroka lembah yang jarang berpenghuni itu. mencari makna dia balik garis senyum. memantul tenang bagi jiwa yang gundah. menampal senyum di balik derita."

dia mencicip cangkir teh yang dia bawah sedari tadi. mata kami memaku ke luar jendela kafe. melihat orang lalu lalang petang sebegini. tidak kurang mereka yang tidak henti-henti menangkap memori senja di hujung minggu.

"alasan kau tidak boleh aku terima. lagipun, biarlah taman rahsia kekal tidak berpenghuni."

"keinginan kadangkala membatasi apa yang logik akal tepiskan."

"walaupun dengan batas agamamu?"

dia diam semula. perlahan aku mendengar bibirnya berkata.

"jika agama menjadi batasnya, biarlah aku menyunting kau dengan agama juga."

aku senyum sinis.

"ia nya perlukan dua pihak. apakah mungkin kau masih meneruskan jelajah mu di lembah sepi itu jika yang kau temui bukan apa yang kau ingini? saat itu kau tidak boleh berlari keluar lagi."

"kalau itu harganya. aku rela untuk kekal di dalam lembah sepi itu."

aku paling wajah pada dia. rautnya nampak serius. cangkirnya sudah sepi. 

"aku tidak mahu."

lemah aku menutur. memohon pengertian dari dia. aku sejujurnya tidak mahu.

"tidak salah kita mencuba. sekurangnya aku mahu kau bahagia. sama seperti apa yang aku rasa."

lelah. itu yang aku rasa
entah mengapa aku masih kekal di bangku ini.


**********************************

Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku