Posts

Showing posts from July 29, 2019

XV

bismilahirahmanirahim Sejenak aku tergamam. Sukar untuk aku memahami riak wajah dia. Lalu aku pilih untuk pergi dan diam tanpa bicara.  Selang 3 hari kemudian. aku duduk semeja dengan Zaiha. "Awak nampak lain. Kali terakhir kita jumpa awak. Awak tak macam sekarang pun." aku pamer senyum. Tak banyak mahu aku katakan pada Zaiha. Paling tidak aku cuma boleh jelaskan pada dia. "Penat kut awak." Air coklat di atas meja di sedut perlahan. Mata cuba mengelak untuk bertatapan dengan anak mata Zaiha. Bukan apa. Takut juga kalau Zaiha tahu apa yang sedang bergelodak dalam jiwa. "Awak tabah tahu tak? Kita tak pernah jumpa orang setabah awak. Kalau kita tak tempat awak. Kita tak tahu nak buat macam mana." aku senyum lagi. kalau lah Zaiha tahu peritnya bagaimana menghadapi semua ini. celah mana aku boleh letakkan tabah itu. "Mak awak tak cakap apa?" Zaiha rapat dengan mak. mak pun selesa dengan Zaiha. tapi Zaiha