Posts

Showing posts from May 9, 2017

XI

bismilahirahmanirahim

aku diam membuang pandangan. tidak ku hirau sekelilingku. lagi-lagi teman di sebelah. 
"dengar tak ni?"
"hmm. dengar."
mendengar jawapan aku membuat dia turut membuang pandangan ke depan. sukar untuk tebak apakah yang bermain di minda dia. minda ku? selirat dengan wayar-wayar yang tiba-tiba wujud hari ini.
" jom." 
Dia bangun tiba-tiba. aku yang belum puas berfikir ini jadi terpinga.
"nak pergi mana?"
"sana."
jarinya lurus menunjukan deretan gerai. hish dia ni, lapar lagi ke?
"Tak, tak lapar pun tapi rasa nak makan aiskrim."
dia sudah pun mengatur langkah ke sana. Aku memerhati rentak langkah kaki dia. Tuhan, apakah kesempurnaan yang aku cari? atau aku sedang menafikan apa yang sedang Engkau beri?
Dari jauh dia melambai, senyumnya terukir manis. Saat itu aku tahu, aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia.
********************* Nisrina Syaurah