Review: Sugar? Yes, Please by Rehan Makhtar

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Review Buku Hari ini ialah 





SUGAR? YES, PLEASE

Hah tajuk Bahasa Inggeris kan?

Cerita Melayu yer.

So aku beli masa PBAKL 2019
basically copy yang aku ada ialah cetakan pertama.
antara buku terawal aku habiskan dalam berpuluh buku aku borong masa tu. haha

buka muka surat kedua. ayat penulis paling indah

buatmu yang sedang merasai pahitnya ujian, 
iman itu penawar yang semanis gula.

rekabentuk kulit muka sesuatu yang aku suka.
sebelum baca aku tau dah mesti pasal kopi ni.

dah sangat seronok sebab Hero dia pandai bancuh kopi.
here comes my favorite barista. (Kalau dia wujud in real life)
haha

okay berbalik pada cerita ini

ini kisah tentang Edian. Edian yang sangat akur pada kehendak orang tuanya. semua kemahuan mereka sangat dia turuti. Sampailah dia jumpa Nel. membuat dia tersedar sesuatu. Betul ke apa yang dia buat selama ini.

Ini tentang Nel. Nel yang tanpa sengaja terjatuh hati pada Edian. Nel yang teringin nak tahu, takkan takde manis langsung dalam hidup Edian. Apakah Edian rela tentang kepahitan yang dia alami seperti kopi kesukaannya.

fakta: 1. Edian minum kopi triple shot tanpa gula. dan Edian tak suka benda manis
(aku pun minum triple shot tambah satu shot vanila/hazelnut)
2. Nel suka kan semua tentang manis. kek, gula. apa saja.

itu sebab hari pertama mereka bertegur, Nel beri kek pada Edian walaupun sebenarnya Edian tak makan manis.
Nel beri bukan sebab Edian suka atau tak suka
Nel beri sebab bagi Nel, Edian patut rasa kemanisan sikit pun jadilah sekali dalam hidup dia.
Itu yang buat Nel rasa nak tahu lagi pasal Edian.

bagi Edian, dia tak tahu siapa Nel
cuma yang dia tahu, Dia selesa dengan Nel
lantaklah dengan Haikal si tunang paksaan ayahnya
yang Edian tahu, saat ini baru dia rasa apa itu kemanisan.

tapi itulah. ini kan kisah cinta. perlu ada peritnya juga.
perlu ada penentangan keluarga
perlu ada orang ke tiga
perlu ada konflik kecil
perlu ada janji manis
perlu ada kata sepakat.

bagi Nel, masih ada sisa jahiliah yang tertinggal sehingga dia tidak bisa memiliki Edian, Cik El pujaan hatinya
bagi Edian, dia tidak seharusnya mendekati lelaki sebaik Nel dan melukakan hati Nel kerana desakan keluarganya. 

jadi ini yang Nel dan Edian pilih
mereka memilih untuk mematikan rasa yang kononnya baru bercambah
memilih kononnya pilihan ini akan beri kemanisan pada kedua belah pihak

tapi bagaimana jika hasilnya
masing-masing menjeruk rasa.

aku suka novel ini kerana konteks kekeluargaan yang di bawa penulis
bagaimana dua buah keluarga yang mempunyai cara didikan yang berlainan mengeluarkan hasil berlainan

aku masih percaya
setiap anak itu hasil didikan ibubapanya
jika kita melihat di luarnya keluarga itu kelihatan sempurna
apa makna sempurna sebenarnya

aku kadangkala harus akui, sedikit sebanyak sifat Edian itu aku juga miliki, tak kurang sifat Nel itu.
ya, barangkali kerana aku juga manusia biasa.

aku suka sabarnya Ibubapa Nel dalam mendidik dia
aku juga kagum dengan kepatuhan Edian pada ibubapa yang sangat tegas dalam didikannya
semuanya seakan sempurna sehingga kita lupa
mana mungkin ada nya sempurna kecuali YANG ESA.

aku sangat sarakan untuk semua membaca naskah ini.
ini bukan sekadar kisah dua darjat atau kisah cinta tidak kesampaian
ini kisah realiti dalam kekeluargaan

orang hanya memandang luaran
tanpa mereka sedar, dalaman itu elemen paling penting yang perlu di baja dan jaga subur

agak tebal sebenarnya, tapi bila Rehan Makhtar yang menulis
kau tak sanggup nak berhenti minum kopi walau sejenak.

banyak qoute yang best.

hakikatnya ceritanya simple tapi menusuk di ruang hati kita hendaknya.
itu yang pembaca mahukan sebenarnya.

apapun tahniah untuk penulis. Moga ada bahagian bermanfaat kelak.

for the rest of reader, naskhah yang berbaloi.

sekian sahaja kali ini. moga bertemu dalam ruangan buku best untuk di review.
 
***************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku