Posts

Showing posts from February 12, 2014

lekanya menjadi hamba

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum di sini terukirnya segala cerita disini aku menyulam segala rasa entah mengapa perasaan ku semakin layu segalanya seakan hilang dalam kecerahan yang makin malap aku cuba meletakkan ketenangan yang sentiasa DIA kurnia kan tanpa henti harus aku akui yang cinta DIA tak pernah terhenti di hulur buat jiwa yang sentiasa mahukan baja yang segar terkadang aku juga sering terlupa yang ada DIA sentiasa masih mahu salahkan dunia yang nyata penipuan terbesar sekali dalam hidup jujur di akui bukan mudah melangkah memegang jati diri yang hadir bersama tanggungjawab yang besar kadang2 bila jiwa mula menyalahkan takdir seakan kita emo dengan apa yang tertulis membangkang segala yang indah tertulis hurm, begitu mudah seorang hamba jalan mendonggak lantas terlupa rumput yang di pijak lupa jati diri lupa hakikat dunia begitukah aku? kejujuran yang harus di akui sentap seketika tubir mata