Posts

Showing posts from November 15, 2023

Rasa Ini

 Bismilahirahmanirahim, Semalam aku menulis dalam buku putih.  Buku tu mula aku tulis seawal tahun 2017. Jadi semalam aku menulis lagi pada helaian yang seterusnya dengan rasa berbeza. aku pelik tapi aku rasa nyaman. Saat itu aku bertanya pada Tuhan Inikah jawapan kepada kedamaian yang aku pinta?  Hari ini sengaja aku belek ruangan ini kerana aku sedang kehabisan idea untuk menulis manuskrip aku. tapi aku perlu menulis, jadi aku ke sini dan menulis Melihat apa yang aku ada hari ini semua adalah doa dan cita-citaku. bahkan ada yang lebih dari itu. Tuhan itu Maha Baik kan? Aku berhenti sekejap. menyelak naskhah lama. banyak betul isi yang aku tak terfikir aku pernah tulis kenangan, memori dan juga air mata aku kira. Tapi aku tahu saat ini bahagia itu bila aku berdamai dan tidak menaruh harapan belajar menjadi tabah ah indah.  setidaknya aku tahu aku hargai segala yang aku rasa tanpa menyalahkan siapa.  Sini aku mahu ingatkan kau Nisrina, Ini apa yang kau rasa kini. Saat ini. Kau pernah r