sesak.

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt


adakala hati kita meragui
apakah benar yang di lihat mata
atau lebih benar firasat si jiwa
dan akhirnya kita tewas
kerna tak tahu
di mana letaknya


aku tolak pintu bilik.
Allahuakbar!
bersepahnya!
sesak rasa jiwa bila lihat bilik yang sempit dan semak sebegini rupanya
haishlah, nak salah kan siapa?
pagi tadi dengan bangun lewatnya, dengan subuh ke mana
dengan baju tak bergosoknya
dengan tudung yang carca merba

Allahu

Islamkah aku?

aku atur langkah perlahan
rasa kecewa bertindan
apakah dunia ini yang lebih penting?
apakah langsung tiada nilai dalam diri kau?

ah sudah, berdialog sampai esok tak habis
bilik ni siapa nk kemas????

aku lipat selimut
bantal aku susun
buku2 bertaburan di atas katil aku letak kembali ke rak
meja belajar ABC itu aku letak di tepi katil
pen-pen bertaburan di atas meja aku susun di dalam bekas
botol-botol kosong di hujung katil kembali menghuni kotak-kotak di luar koridor

sungguh setiap perbuatan itu di selangi dengan rasa kesal

dulu zaman diploma, takde lah lambat sampai tak sempat nak lipat selimut
dulu, pling lewat subuh pun seban roomate tak bangun sekali
tapi ada je yang tukang kejut

sekarang ni

malu rasanya nak berdiri berjumpa orang
nak bagi orang singgah bilik pun malu

hari2 pujuk diri berubah
tapi setakat takde usaha
nak kemana

usik hati yang jauh ke dalam

pulanglah ke pangkal jalan
Allah masih menanti

aku tak mahu hidup dalam kesesakkan seperti ini

dulu aku yakin syurga itu harus di gapai bersama
namun bila sendiri begini
hanya Allah sahaja pengantungan yang pasti

untuk kesana kau harus sendiri

tabah wahai hati
ada lagi 2 tahun

**********************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku