Tudung Labuh vs Akhlak

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

nak menulis isu ni perlukan jangka masa yang panjang

agak panjang dan ini
secara jujur padangan peribadi seorang Nisrina

kerana saya pernah melalui dua zaman tersebut
jadi saya menulis dari sudut pandangan saya
gadis picisan


Tudung Labuh vs Akhlak

satu ketika dulu, seseorang pernah mengulas dan meminta saya memberi pandangan
dan saya masih berpendapat yang sama
tapi satu jelah
lain orang lain citarasa

haha

baiklah

betul, saya tak nafikan isu tudung labuh itu dan akhlak seiring
perlu dan seiring
namun jangan di letakkan yang salah pada Si Tudung labuh
yang salah itu pada akhlaknya

tak di nafikan
menjadi seorang gadis yang bertudung labuh ( saya belum pergi ke berpurdah lagi ya)
bukanlah cabaran yang mudah
padangan masyarakat seakan memandang kami ini orangnya alim bangat.
haha ( saya ketawa kecil setiap kali menedengar)
ataupun sifat pemalunya tinggi
ataupun dia ni tak lut benda-benda lagha

tidak sayang. sama sekali tidak

bukan mudah ya, nak ubah kaki yang sering ke panggung wayang
kaki yang sering ke pusat karaoke
kaki yang sering melepak di tempat-tempat awam
bukan mudah sayang

lagi-lagi bila sekeliling anda penuh dnegan dugaan tak teperi
sebagai contoh

si A dah berbulan-bulan tak pergi tengok wayang sejak penghirahannya
tapi rakan-rakan yang lain tidak memahami mengapa dia tidak mahu ikut serta
bahkan ada yang sanggup untuk membayarkan tiket wayangnya 
asalkan dia turun sama jejak kaki ke panggung wayang
nekad menolak berkali namun dia tahu, hati rakannya harus di jaga

di sini, pernah tak kita beria-ia meminta sahabat kita memenuhi kehendak kita
sampai sanggup bayar berapa je
asalkan dia penuhi kehendak kita

secara jujur
saya pernah

kalau awak pernah berada di tempat A
awak nak hampa hati rakan awak, sahabat awak yang sudah lama dengan awak
benar, boleh nasihat
tapi kena ingat
Hidayah milik Allah

cakap senang

" tolak jelah"
" cakap lembut-lembut"

berapa ramai yang mampu buat
kalau kita di tempat dia?

tak ramai.
memang itu ujian untuk dia
dan kita?
apakah kita merasa kita sudah cukup baik untuk mempersoalkan mereka tanpa menyelidik?

hari ni terlampau ramai sangat
yang suka menuding jari

" eh, nama je tudung labuh tapi kapel"
" eh dia tu tudung labuh tapi boleh je melepak ta tentu hala"
" eh bukan ke dia pakai tudung labuh tapi kenapa jalan berdua"

ada benda kita suka lihat dengan mata kasar
tanpa kita sedar
kita menjatuhkan hukum pada dia

pernah kita tanya, mungkin itu kali pertama dia bertudung labuh
mungkin dia tengah nak nasihatkan kawan-kawan dia sebab apa dia tak boleh lagi join aktiviti mereka
mungkin dia nak tanya jalan
mungkin dia tu ada masalah

kita tak tahu
yang kita tahu

BERTUDUNG LABUH ITU ALIM ORANGNYA
TAK BOLEH BUAT APA YANG MEMALUKAN ORANG

benar, sesetengah akhlak mereka yang bertudung labuh itu barangkali merosakkan imej.
nanti kejap, imej apa?
alim?
sopan?
muslimah sejati?

Allahu

apa yang bertudung sederhana menutup dada tidak boleh menjadi alim?
apa yang bertudung menutup dada tidak berakhlak?
apa yang bertudung menutup dada itu tidak punya rasa malu?

Naaa......
itu sebabnya yang membezakan kita bukan labuhnya tudung kita
tapi tingginya nilai akhlak kita

sahabat,
akhlak itu utama
meskipun apa jua pakaian kita
memang pakaian itu cerminan kita
tapi, apakah hanya dia tidak bertudung dia tak baik?
tidak, tetapi mereka yang bertudung itu sudah melepasi satu tingkat yang perlu

bagi saya, 
menutup aurat dengan sepenuhnya itu lebih utama dahalu
ianya seruan yang lebih awal
malahan ia terlebih dahulu terkait pada akhlak
bukan bermakna, awak tudung labuh je cukup, akhlak takde takpe

TAK! SAMA SEKALI TAK

Tudung labuh menjadi kewajipan kalau tudung awa sekarang ni tak menutup aurat sepenuhnya.
sayang, saiz kita berbeza, ada orang pakai bidang 50' dan cukup labuh
ada orang pakai bidang 60' pun belum tentu boleh tutup dada dia

sebab tu konsep tutup aurat tu kena faham
manakala untuk hal akhlak
benar,

" dah pakai tudung labuh tu jaga lah akhlak"
" pakai tudung labuh kut, takkan tak tahu dosa pahala"

sayang, kenapa non-muslim ketika dia mempunyai keinginan untuk memeluk islam
dia di suruh untuk memeluk islam dan belajar tentang islam
ada tu baru niat, belajar punya belajar tak sempat ucap kalimah syahadah pun
Allah dah panggil

nampak tak apa yang saya sampaikan?

saya mungkin tidak sama seperti yang di luar

ketika saya mengambil keputusan untuk memakai tudung labuh
saya masih lagi tidak membiasakan diri untuk berhenti melakukan benda lagha
namun saya sedar diri saya
dosa saya
yang saya mampu buat adalah

TAUBAT

jujur saya katakan,
padangan masyarakat sangat2 tinggi
tapi sampai bila?

pernah juga satu ketika
mahu sahaja kembali bertudung pendek
kerana orang tak mudah jatuh hukum
meskipun kita sejahat syaitan
namun bila menjadi baik ni
laju saja orang mengata

saya tidak kisah
bagi saya ini ujian saya
kerana syurga itu bukan percuma

tingkatnya terlalu tinggi
dengan dosa saya
saya tidak layak untuk ke syurga

selepas saya berubah
saya banyak di ajar untuk melihat orang dari sudut positif
bila tgk orang marah, mungkin dia ada masalah di rumah
bila tgk orang pakai tudung tapi pakaian ketat, titipkan doa agar hidayah kunjung tiba

mula-mula agak payah
namun jika niat ikhlas lilahitaa'alah
insyaAllah mudah semua itu

kerana apa?
kerana hati ini milik Allah

lakukan pembersihan hati
insyaAllah
hati yang terang, jalannya juga terang

saya bukan wanita berakhlak mulia
bila saya pakai tudung labuh
saya juga sedih
kerana saya pernah memberi pandangan negatif pada mereka yang bertudung labuh
namun bila saya sendiri di tapak kasut mereka
barulah saya mengerti
bukan mudah menjadi baik

saya kira saya sangat beruntung
keluarga saya tak pernah mempertikaikan keputusan saya untuk bertudung labuh
sekurangnya saya kurangkan beban arwah abah dengan abang-abang dan adik lelaki saya
saya sayang mereka
saya tak nak mereka di siksa kerana kealpaan saya

bila adik bongsu saya mulai mengikut jejak saya
saya gembira
tapi dalam masa yang sama saya risau kalau-kalau dia cuma mengikut orang

adik bongsu saya pendiam orangnya
dia tak suka cakap banyak
berbeza dengan saya yang sangat-sangat peramah

saya pernah tanyakan pada dia, kenapa bertudung labuh?
katanya sangat mudah

" bukan Allah yang suruh kita tutup aurat sempurna?"

saya diam. antara saya dengan dia cukup berbeza

sewaktu saya umur sebaya dengan dia
saya alpa dalam dunia
tenggelam dengan keseronokkan yang tak terhingga sehingga terlupa kuasa Allah
tapi dia?
dengan usia semuda itu dia berjaya menjadi gadis impian untuk lelaki di luar sana

berbeza sikap, saya jenis tak kisha untuk berkawan dengan sesiapa
bila saya sudah pun melangkah untuk tidak lagi berfoya-foya dengan ajnabi
makin ramai yang marah dengan sikap saya yang meninggalkan mereka tanpa alasan yang kukuh
kata mereka, islam tak suruh pun putuskan silaturahim, kawan itu boleh tapi jangan melampaui batas

lalu saya terdiam,
saya risau saya punca orang-orang tidak mahu bertudung labuh
kerana takut imej muslimah, calon syurga itu ditarik kembali

malu rasanya, bila kita rasa tudung labuh tu tiket kita dijamin ahli syurga

tidak, 
tahu kenapa?

sedangkan seorang pelacur itu di hadiahkan syurga kerana dia memberi seekor angjing minum

kita?
apa rasa dengan tudung labuh cukup saja kita ke syurga
dengan akhlak tanpa pakaian yang tutup aurat sempurna jamin kita ke syurga?
tidak

sama sekali tidak

syurga itu hanya Allah tentukan siapa yang layak
bukan kita yang tiada apa ni menghukum

" tudung labuh ahli syurga"
" tudung pendek itu ahli neraka"

yang perlu kita tahu

apa yang Islam gariskan untuk kita
Apa janji Allah bagi kita

tudung labuh, ahhalak mulia
semua itu jalan untuk ke syurga
tapi bukan mudah dan tak mustahil

ingat, ketika awak yang mahu memakai tudung labuh tetapi melihat mereka yang bertudung labuh itu akhalaknya teruk, yang salah akhalak bukan tudung
dan ketika awak yang tidak bertudung itu merasakan akhlak awak cukup sempurna tetapi masih lagi melanggar perintahnya ALlah, yang salah itu sikapnya bukan ahhalak mulianya

Saya akui
mana-mana pendapat itu boleh di terima
selagi mana tak berlanggar dengan syariah Allah

saya akui
bertudung labuh itu harus seiring dengan akhalak mulia
tapi kita masih manusia
bukan malaikat tanpa dosa
yang kita mampu
berusaha bertaubat dan tidak mengulanginya lagi

bagi sahabat yang pernah berniat untuk bertudung labuh
teruskanlah
Allah tahu apa yang ada di hati kita
bukan manusia

bagi sahabat yang merasakan akhlak itu sahaja cukup menjamin syurga
silakan selak An-Nur ayat 31

bagi sahabat yang masih keliru
hidup ini berpaksikan TUHAN YANG SATU, yang tak mati dan kekal selamanya
bukan streotaip masyarakat
pandangan masyarakat
dan segala yang mahkluk pada Allah

saya cuma gadis picisan
coretan ini sekadar pengalaman
saya pernah berada di keduanya
dan saya memilih untuk bertudung labuh
kerana saya cuma mahukan DIA
yang tak pernah tinggalkan saya
dan tali pergantungan saya cuma untuk DIA yang tak kan mati

Saya Nisrina
dan saya bahagia dengan hidup saya.

kita dah janji 

" Sesungguhnya hidup ku, matiku, solatku, ibadahku kerana Allah ta'alah"

Dan Nikmat Allah yang mana harus kita dustakan

apakah salah berterima kasih pada YANG ESA kerana masih memberi kita ruang untuk bertaubat? 

Salam Ramadhan 25 
Moga Hidayah dan Taufik takkan pernah berhenti untuk kita semua

yang baik dari Allah, yang buruk tersandar di bahu insan kerdil ini

Moga manfaat.


**************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Bahagia cara aku

Day 24- A song that you have to danced to with your bestfriend