Mentor

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum





berdebar rasa jantung. Telefon bimbit hitam itu aku gapai di celahan poket. perlahan aku menarik nafas. cuak. gelisah. takut. semua aku rasa. ruangan mesej diterima itu aku buka semula.

datang sekarang ya, saya ada kelas 3-4.


Pintu pejabat AQel itu aku pandang. tanpa aku sedari bila entah aku telah berada di hadapan front desk  pejabat itu.

" cari siapa ya?"

aku hulur senyum sebelum menyambut sapaan pekarja tersebut

" Puan Aida ada?"

" Sekejap ya"

dia berlalu ke arah kanan pejabat. deretan pintu bilik yang berada di hujung di ketuk.
seketika dia kembali ke ruangan hadapan pejabat.

" masuklah dik, Puan Aida tunggu."

usai mengucap terima kasih, aku berlalu ke arah deretan pintu tadi. sampai di hadapan pintu itu aku pandang pada nama yang terlekat di pintu


AIDA OTHMAN
Pengurus Kualiti


ketukan perlahan aku beri. suara halus memanggil aku ke dalam.

" Duduklah." 

aku duduk. sejuk penghawa dingin belum lagi menghilangkan kepanasan hati aku. 

" mana borang awak?"

aku hulur borang pengesahan tersebut. raut wajah yang bersih itu aku cuma pandang sekilas. 

" Result ada bawak?"

Allahu. aku terlupa. apa nak jawab ni?? 

" Err..saya terlupa."

beliau senyum. aku diam. mampus aku kalau dia bising. buatnya dia suruh menapak balik ke hostel nak ke kau? 

" Takpe, macam mana life kat sini?"

aku mencari kata. cari ayat best sikit wei. 

" Masih menyesuaikan diri."

" Kenapa? tak best ea duduk sini?"

" Taklah, saya cuma perlu belajar banyak lagi."

" kenapa? awak tak suka enviroment ke? Lecturer? kawan?"

dalam hati laju aku nak menjawab tapi memikir kan maslahat akan datang aku diamkan saja.

" Biasalah, saya tak biasa dengan suasana dekat sini"

" Awak orang mana?"

" Melaka."

" Takde kawan melaka?"

Aku geleng kepala sambil senyum.

" Habis tu, classmate awak banyak budak sini?"

" A'ah." 

banyak lagi ke puan ni nak tanya. jantung aku nak meletup ni.

" takpelah. belajar lah perlahan-lahan. cari kawan baru. cari apa yang sesuai dengan jiwa. tak salah pun nak sorang. Saya pun suka sorang-sorang. tinggal lagi waktu nak makan tu, saya ajak lah jugak orang teman. tapi takpe pun, awak beli bungkus makan kat bilik aje pun boleh. jangan rasa down sangat."

aku senyum. menghadam kata-kata puan. 

" result awak okay kan? takpe pun usaha lagi. kalau ada masalah bagitau je saya. saya ada kat sini. cuma sibuk lah kelas dan sebagainya."

aku angguk. 

" Terima Kasih puan."

" Tugas saya."

aku senyum. usai itu aku meminta izin untuk keluar dari pejabat. aku bangun dan menyalami beliau. raut wajah tenang beliau sekali lagi menyapa aku. entah mengapa resah yang berlabuh hilang begitu saja. barangkali aura puan sungguh memikat. agaknyalah. 

aku keluar dari pejabat AQel. jam di tangan aku tilik seketika. masih awal lagi. kelas aku bermula jam 4 nanti. aku bergerak menuju ke arah perpustakaan. 

aku masih memikir kata-kata Puan. mungkin betul aku terlalu memaksa diri aku untuk cekal, cuma kadang-kadang aku bertindak di luar kawalan. mungkin juga aku yang menidakkan apa yang Allah ingin beri. dengan harapan bahawa aku takkan bahagia

seketika aku terdiam. kufur nikmatkah aku?


**************************

Nisrina Syaurah


P/s: Kata Kak Ana, yakinlah di sini bumi tarbiyah untuk kamu, maka kamu akan temui apa yang kamu cari.

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku