Pasar
bismilahirahmanirahim
ya, kalau pukul 4 pagi
Assalamualaikum
ketika embun turun membasahi bumi
aku masih lagi leka
mencari segenap cahaya
pada langit nan sepi.
habis seminggu cuti mid term
minggu yang memenatkan sebenarnya
sampai melaka pukul 3
mak sampai MC gerak pi pasar borong
itu adalah satu kemestian setiap kali pulang
mak akan ajak pi pasar, biasanya kami tak pergi berdua
abang pun folow
dan mestilah dia yang kena angkut semua jenis lauk pauk yang mak beli
(bila beli ikan mak tak panggil beli ikan, kami guna beli lauk)
Pasar borong pukul 4 pagi
ternyata, memang sibuk ler
melihat ragam penjual
peniaga
pedagang
pembeli
penyapu
*eh?
mata aku segar aje
bukan senang nak pi pasar pepagi macam ni
biasanya pergi pasar tani pukul 8 pun aku malas
tapi pasar borong lain
kenapa lain?
sebabnya
di situ ada hidup.
pagi2 lagi tauke dan hantar semua barang kat pengkalan
bertong-tong akan masuk
bertungkus lumus menyusun barang
yang tukang catat lain
yang tukang susun lain
yang tukang approach org beli kat kedai depa lain
kebanyakan kedai memang milik orang cina
tak nafi pun
tapi still ada melayu
dan india juga
( come on guys, kita tinggal kat Malaysia kut)
di hujung sekali ada satu kedai ikan melayu
setiap kali aku datang
pakcik tu mesti tengah siang ikan pari
ikan pari dia besau gedabak punya
next to him punya gerai pun melayu gak
that kind of abang yang senyum meleret
no worries sbb abang tu meniaga dengan wife dia
hahaha
same goes to pakcik tadi
his wife akan tanya dia to makesure harga ikan yang diaorg jual
selalunya mak akan beli berjenis ikan
sebab kata mak
pasar borong harga dia lagi murah
aku pernah pegi pasar borong
sebelum subuh
selepas subuh
dah dekat pukul 9 lebih macam tuh lebih kurang
dan suasana nya berbeza
nak tahu?
1. harga
2. cuaca
3. org yg beli
4. keadaan ikan
5. kesesakan tempat
6. dan lain-lain lagi
ya, kalau pukul 4 pagi
masa tu sesak sebab ikan2 and the rest of stuff baru sampai
baru sampai mestilah sibuk
fresh tu takyah citer
harga still ikut kedai
tapi basically, harga mereka berubah bila siang menjelma
pastu pulak, waktu ni
pekedai, pemborong yang akan turun beli
contoh acik tu niaga kan, nak pakai ikan berkilo2
hah, time2 ni diaorg akan turun
yang bukak kedai makan, biasanya time ni juga diaorg bermualamat
kalau masuk lepas subuh dan keatas
baru ramai orang biasa
pakcik baru balik surau
beli lauk utk org rumah
makcik2 yang nak topup barang basah pun sama
sbb waktu ni diaorg akan dtg sarapan terus atau bungkus buat balik rumah
selalunya suri rumah tangga yang dtg
tapi kat melaka ni Pasar pagi kat MC tu still gak ramai org
kalau dah pukul 10
aku pegi pasar MC
tapi kalau sebelum subuh dan lepas subuh mcm pukul 7
pegi pasar borong Batu Berendam
jauh ek dari rumah?
sebab tu mak selalu pergi masa aku balik
dan masa dia rajin
kalau pasar MC tu bila2 mak selalu pegi
macam ibu, memang selalu ke pasar
sebab ibu tak suka beli lauk kat pasaraya
berbeza dengan mak
mak lagi suka beli kat pasaraya
bezanya?
tentulah harga!
kalau aku?
mestilah pasar
selain sbb harga
(kadang2 pasar borong pun mahal)
pasar macam biasalah
hari-hari kau akan lihat drama yang berbeza
cerita yang berbeza
kisah hidup yang berbeza
pasaraya pulak
kalau nk beli barang kering
yes
aku memang menapak ke situ
lagi satu sebab aku suka pegi pasar
boleh beli bunga segar
Auntie tu setiap hari bunga dia berbeza
haha
mak akan pelik kalau aku beli bunga
tapi peduli apa
perempuan macam aku ni memang suka bunga
tapi aku tak suka orang bagi
aku suka beli sendiri
kalau dengan kak zai,
sanggup aje naik cameron beli roses penuh bonet
pastu penuh satu rumah bau ros
hahaha
nasiblah kakak ipar sekepala
dulu masa kecik2
aku kan duduk dengan nenek
nenek dengan arwah embok rajin tanam bunga
sampai sekarang pun
sebab tu terjebak kut
bunga paling aku suka kat rumah nenek
roses yang bau macam syrap
aku cakap kat nenek masa dulu
" nenek buat air pakai bunga ni ke?"
nenek mesti gelak. satu perangai sampai sekarang, balik kampung cari roses tu semata nak bau je
walaupun pada hakikatnya aku cuma suka white roses
yang aku beli sendiri
tak tahu kenapa tak suka orag yang bagi
dia rasa mcam
ewwwwwwwwwww
hah gitu
hahahahhahahahha
bunyi nya mcm aku tak suka bunga
hahahaha
berbalik pada pasar tadi
ni dah masuk kisah bunga pulak
huhu
hiraukan
cuba lah try sekali pergi pasar dengan hati yang lain
hiraukan bau-bau hanyir ikan
hiraukan kalau kaki sleuar basah ke percik
hiraukan kalau kena langgar tak tentu pasal
tapi carilah hidup
cuba saja kau lihat kanak-kanak kecil yang tak jemu di situ
membantu ibu bapa mereka
demi sebuah kehidupan
pernah satu ketika, mak sibuk membeli
aku terpandang seorang anak kecil yang berdiri di kedai bapanya
matanya terpaku pada seorang anak kecil yang lain
sedang bermain dengan permainan
jelas tergambar riak sedih pada wajahnya
ketika itu luruh semua rasa dalam jiwa
satu ketika aku pernah merasa seperti dia rasakan
dan waktu itu
cuma senyuman kecil yang aku ukirkan
sampai satu saat dik, kau akan merasa bahagia
saat ini berusahalah kau untuk menolong keluargamu dan bantulah mereka dengan ilmu mu
semoga kelak kau sentiasa di payungi rahmat Tuhan.
setiap pengalaman hidup itu berbeza
aku berbeza
kau juga berbeza
kisah kita berbeza meskipun kita mahu menuju tempat yang sama
yakin pada ALLAH
kisah perbezaan ini lah yang mendidik hati kita
untuk berdiri di jalanan
kata Rona
selamanya kita budak jalanan
ya, aku budak jalanan
dan aku belajar hidup pada jalanan itu
cara kita bertemu TUHAN berbeza
tapi ingatlah penghujungnya masih sama.
that it!
tunggulah lagi sebulan baru aku update agaknya
tengok kerajinan seorang nisrina
haha
that all
May Allah Bless
hiduplah ketika mana kau merasakan mati
matilah bila mana kau merasakan sudah tiba masanya
hakikatnya bukan kita yang tentukan
jangan berhenti
kerna penghujungnya tiada yang pasti
**************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)