Nukilan Terakhir
bismilahrahmanirahim
Assalamualaikum
aku menulis dengan seribu rasa
aku menulis dengan segala perit di dada
berita-berita yang aku terima
seakan memberi aku sebuah jawapan yang aku sendiri tak pasti
inikah pengakhirannya?
seketika pagi ku mulai resah.
ah persetankan rasa yang takkan pergi
naskhah kecil berwarna biru itu aku capai
beralun suara aku memecah hening pagi
ku atur langkah ke kelas
letih ku bawa dalam kelam
mesej yang masuk ku layan sebegitu
kata mereka aku perlu tinggalkan semua ini
tinggalkan segalanya di belakang
namun cuma elly
yang berkata
" Troll je ni. kau jangan percaya. tak mungkin lah."
bila ku kupas kembali
elly menyaksikan ketika
hari-hari ku di penuhi dengan cerita tentang dia
ketika meja kecil ku
penuh dnegan ukiran namanya
bagi elly aku cuma peminat biasa
namun sampai satu ketika
pertanyaan elly membuat aku sedar semula
" kau minat dia atau apa yang dia tulis?"
ya ketika itu, hati kecil aku tak mampu menipu
memang
kepakaran aku dalam menjadi doktor cinta cukup terkenal
kosa kata yang aku lafazkan
cukup untuk mereka
namun, aku kalah
bila aku harus menipu diri aku sendiri
tak mudah
sayang, kata2 ku menjadi kenyataan
" bila dia kahwin, aku move on lah."
ya
dan akhirnya
mungkin ini jawapan istikharah aku
mungkin cukup 5 tahun ini
mungkin sampai waktu aku berdiri sendiri
kalah?
mungkin juga
tenang?
sudah ku lafazkan pada Tuhan
tapi mengapa perit yang kurasa
berulang kembali aku mamaku doa
agar semuanya berlalu tanpa rasa
tapi mengapa doa yang ini
belum lagi termakbul
ataupun sudah makbul tanpa aku sedar
aku hembus keluhan
cermatnya hati bermain rasa
apakah aku masih menipu sebuah rasa sekali lagi?
mungkin ini nukilan terakhir aku buatnya
mungkin ini bukan terakhir
ah
aku buntu
aku tak tahu
mengapa perit yang aku rasa
salah apakah aku
dosa mana yang sedang Tuhan azabkan pada ku
kalau lah melupakan itu semudah aku mengukir senyum
telah lama aku berlalu
dan ayat2
stay strong bukan lagi makanan ku
cukup
biar aku sendiri
*************************
Nisrina Syaurah
P/s: ku cuba pertahankan, separuh jiwa ku terbang bersama mu
episod cinta hitam ku kini berulang kembali
berulang kembali menguasai diri
Oh Tuhan, ku mahu yang terbaik
terbaik buat ku
insan kerdil ini
oh Tuhan
noktahkan kehilangan ini
munculkan dia
dia terakhir buat ku
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)