Di Awal Oktober

bismilahirahmanirahim

dalam peredaran waktu
aku cuba selitkan diri aku
agar hidup di tengah manusia

kopi tak pernah lali
buku masih di celah tangan
cuma fikiran aku kerap melayang
aku jadi gundah dan tak pasti

benarkah?

kerap kali aku tersadung tapi tak sempat aku jatuh
ku betulkan langkah kecil ku
benar
semua tak indah macam kita sangkakan

tapi Tuhan tak pernah mati kan

aduhai, laju aku menaip di sini
tapi di depan manuskrip
kaku terus

mungkin aku perlukan jalan cerita yang berbeza
jalan cerita yang mudah tanpa konflik berat
tapi kena pandai jaga aturan cerita

plot larik
terbang tinggi tak pulang
hahaha

mungkin october mahu beri bahagia.
aku kira ini satu bahagia

tak mengapa 
aku suka

sekurangnya aku punya waktu menghadap papan kekunci di depan mata
juga skrin putih melayar cerita

baik
moga ada kemudahan nanti
doakan aku ya?

**************************
Nisrina Syaurah


Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku