To All Boys I Loved Before
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
secara jujur ini bukan surat cinta
untuk mana-mana lelaki yang aku suka, pernah suka atau masih suka
HAHA
aku tak berkesempatan nak tengok Movie ni
jadi beberapa hari pada minggu lepas
aku TERDownload dan TERtonton cerita ini pada jam 12 tengahmalam
good choice Nisrina
This is one of realistic movie
sangat realistic
sangat relatable
sangat mudah di faham
dan sangat seronok kalau di baca novelnya
aku memahami sesi keadaan yang Lara Jean alami
mungkin betul, menulis surat cinta itu mudah
membayangkan cinta juga mudah
tapi realiti di depan mata
sukar bukan?
okay, jujurlah
aku bukan remaja yang habiskan masa dengan bermesej dengan pakwe
bergayut 24 jam dengan pakwe
hujung minggu dating
yes, aku tak alami perasaan bercinta dengan INDAH ikut teori manusia
jadi mungkin aku tak alami indahnya macam orang couple rasa
cinta memang indah
orang bercinta memang bahagia
aku tak nafikan
cuma aku tak tahu nak tafsirkan bagaimana
jadi bila aku tengok cerita ni
yes, I am the Lara Jean
before she together with Peter
i am the one yang afraid kalau the reality tak indah
macam yang aku expect
tak indah macam yang aku tulis
sebab tu aku pilih untuk diam
simpan
tulis
betul, Josh cakap
You need to tell people how you feel
tapi tak applicable untuk aku
LJ dengan Peter yalah
dah bercinta yes, kau boleh kata ILY,IMY
tapi untuk golongan macam aku
berat
aku cuma nak jadi baik
dan perjalanan baik tak pernah indah macam yang kita jangka
pakai tudung, semua orang boleh pakai tudung
labuh atau tidak itu pilihan
banyak je kan?
kadang-kadang lost dalam dunia yang semua benda salah adalah normal
terlalu payah
tapi aku tahu
ini masa Allah nak uji kebergantungan aku
aku suka bagaimana LJ tangani perasaan dia
cuba untuk belajar jadi dewasa
aku suka bagaimana Peter sangat jujur dengan diri dia
bagaimana dia sangat menghargai LJ
bagaimana dia mengajar LJ untuk tak takut berdepan dengan dunia
kita gambarkan diri kita di depan manusia
kita gambarkan kita baik
tapi belakang? itu kita jaga sendiri
selama ni kita fikir manusia tak kisah pun pasal kita
hakikatnya banyak je mata memerhati
kita tak tahu pun siapa musuh dalam selimut
siapa gunting dalam lipatan
dan semua itu mengajar kita banyak benda
tadi ada yang cakap
dia pakai tudung dan solat tapi masih buat maksiat
aduhai manusia, hanya kerana dia bertudung dan solat
kita menghukum dia kerana dia buat maksiat
bagaimana dengan kita yang tak bertudung
juga tidak solat
mengapa kita mempersoalkan tentang dosa orang lain sedangkan dosa kita sedia menimbun dan kita sendiri sedar cuma kita berbangga melakukan maksiat hanya kerana kita melanggar segalanya
itu realiti hari ini kan?
entahlah dunia semakin tenat
kita sendiri pun tenat
moga hidayah tak pernah putus untuk kita semua
***************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)