Review Buku: Dia, A
bismilahirahmanirahim
Hai guys!
So memandangkan jiwa aku rajin hari ni
semalam aku baru baca habis novel ni
so lets Reviews by Nis
Novel ni diterbitkan sekitar tahun 2017
which is aku memang dah lama nak beli
tapi Alhamdulilah, dapat gak merasa
kita mulakan dengan blurb dia belakang kulit buku
cinta pertama itu beracun, melumpuhkan sehingga tak mampu dia berdiri tanpanya.
Sepuluh tahun dahulu, Farhan jatuh suka pada Abiir. Apabila rasa hatinya ditolak, dia pergi membawa diri.
Book’s Cottage menemukan mereka
kembali. Dan di situlah Abiir berdiri tekun melayan pelanggan. Nampak
makin manis. Nampak makin matang. Selepas sepuluh tahun...
Namun, Abiir yang sekarang ini bukan
seperti Abiir yang Farhan kenal dulu. Hilang sudah Abiir yang sentiasa
senyum, ceria dan aktif. Puas sudah dia bertanya, namun tak pernah dia
mendapat jawapan. Abiir seperti sedang bersembunyi dan hidup dalam
dunianya sendiri.
“I mungkin sedang hidup, Farhan, tapi sejujurnya, I tak pernah rasa hidup.”
Apa yang mengubah Abiir menjadi Abiir
yang sekarang? Mampukah Abiir berdamai dengan masa lampaunya dan terus
melangkah ke hadapan?
Aku lebih suka jika kisah ini dipamerkan tentang Farhan.
Ahmad Farhan Ezri
Kenapa bukan Abiir?
Abiir Humaira penting. tapi bagaimana Farhan melayari perjalanan dari muka pertama
sehingga penghujungnya buat aku rasa Abiir itu hidup.
Susah sebenarnya nak jumpa lelaki seperti Farhan. Siapa yang boleh tunggu bertahun dan tak memandang yang lain?
selalunya kalau orang reject, blah cari lain? bukan macam tu ke?
nanti aku tanya geng lelaki. haha
Tapi kagum. Serius kagum dengan Farhan. dan paling kagum dengan Aiman. mula-mula Aiman mungkin dengki, tapi peranan Aiman sebagai peantara tu bukan lebih menarik.
aku suka bagaimana Farhan belajar redha dan sabar. aku suka bagaimana Farhan memperlahankan pemanduan dia dalam membawa Abiir keluar dari comfort zone dia.
betul, Abiir yang usaha sendiri untuk keluar dari comfort zone dia
untuk perangi trauma yang dia alami
dan pekara itu bukan mudah
8 tahun penuh dengan asam garam
never been easy. proud of her!
aku suka bagaimana Ednin susun perjalanan Abiir dengan kekuatan hubungan kekeluargaan dia beliau ketengahkan
sangat menarik. watak-watak sampingan yang menghidupkan.
aku kira Dia, A sangat terkesan dalam jiwa
aku sarankan buku ini untuk:
mereka yang merasa tiada harapan dia masa depan
mereka yang merasa sendirian
mereka yang merasa cinta pertama itu perit
mereka yang mencari-cari apa yang perlu di temukan
dan mereka yang inginkan bacaan ringan dan sampai ke jiwa
mungkin ada dalam Dia, A
untuk aku, aku temukan rasa terindah.
mungkin hikmahnya buku ini tiba lewat di tangan
tak mengapa, aku gembira
sekian
till meet again
**********************
Nisrina Syaurah
p/s: Dia, S
Terima Kasih
moga ini jawapan yang Allah selitkan buat aku.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)