Angin Rindu
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Kelmarin aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah
ya balik Melaka
dengan izin Allah, mudah urusan pulang ke lubuk
kemudian menjenguk makcik-makcik di sawah
dengan indah permai angin petang
belum juga lupa angin deruan tepi Masjid Selat yang sentiasa dirindukan
lalu aku bawa gusar di hati bersama angin lalu
doaku, Moga Allah sampaikan rindu ku juga Allah bawa pergi resah yang sekian lama di hati
bertahun dalam kisah ini
aku sedar
ini hidupku,
lari ke mana pun
ini masih hidup ku
sebati
terikat sampai mati.
kelam sebenarnya
tapi bagaimana lagi perlu untuk luahkan
cuma dengan senyuman belum cukup beri aku kekuatan
Tapi tulah, Tuhan masih ada. kita ni aje berlagak abadi
kalau mahu di lukiskan garis masa
aku kira memang indah
tapi peritnya cuma aku yang tahu
tapi tulah
buat apa nak cerita semua benda
haha
kata Kak Suraya " kalau kahwin itu bahagia, kau tengok akak kau ni."
aku ketawa kecil
benar jugak kata Mak Lang " kalau kau yang muda mudah sentap, apa tah lagi kami yang tua ni"
tapi terkesan bila Makcik kata " Sampai hujung nanti, adik-beradik juga yang kita cari"
Ya, memang aku rindukan melaka
rindu warm words dari mereka
juga angin merdu yang menyakinkan aku
hidup ini bukan cuma tentang aku.
Salam Sayang
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)