di penghujung julai
bismilahirahmanirahim
dalam ruangan sepi yang cuma ada aku dan waktu
disini aku diam sendiri
deretan manusia melambai-lambai
melangkah jua meninggalkan aku sendiri
ku tarik nafas tenang
untuk kurangkan gundah dalam jiwa
tapi yang ku jumpa
sesak tanpa kata
aku mulai mencapai pen dan kertas semula
baru ku akui, tulisan ku buruk
kata abang, tulisan budak tak matang begitu lah
aku masih menarik nafas
entah
bila di tanya jawapan ku masih sama
entah
orang tanya lagi
entah
orang bising lagi
masih entah
vision ku wujud
bukan lari ke mana-mana
cuma aku taktau
benarkah ini jalannya
entah
mungkin aku patut sedar,
Julai sudah tiba di hujungnya
mungkin aku patut sedar
sudah sampai waktu untuk aku keluar kembali
****************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)