Selitan Masa Lalu

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

secara jujurnya, mengapa baru ada entry bukanlah kerana kemalasan aku tapi sebab draft banyak sangat dan aku tak tekan button publish. haha!

so what we gonna talk today?
past few weeks was hectic gila nak mati
waktu tu cuma berharap, Ya Allah kalau Engkau nak tarik nyawa aku, biarlah aku pergi dengan taubat ku diterima. 
tidur pun aci selam je
otak tak berapa nak center
everything macam out of control
tapi tulah, Allah tu sentiasa sayangkan kita
and semua pun berlalu begitu saja, yang tinggal? 
5 paper dalam dewan yang setaraf musim sejuk di jepun
haha

baru-baru ni ada seorang kawan whatapps
dia ni memang suka tanya soalan
sebagai kawan yang baik, aku pun jawab pertanyaan dia. hehe

" kadang-kadang patut ke kita salahkan diri kita if kita pernah buat keputusan yang salah?"

sendu jugak soalan dia.
waktu dia tanya if aku tak silap dalam lepas maghrib nak ke isyak
biasanya lepas baca soalan dia aku akan take times nak balas balik
tapi malam tu jugak ada Usrah HM
jadi aku fokus kat usrah dulu
konon-konon dengan harapan adalah idea nak jawab
tapi malangnya aku tak jumpa

aku tahu soalan tu common
(if you want share your answer do comment below)

kalau and semua? adakah kalian ingin pulang semula ke masa lalu untuk ubah benda yang 
anda boleh ubah?
satu side dalam diri aku akan mungkin cakap Yes
like 20% of it? and the rest akan cakap No
tapi sebenarnya, aku rasa aku takkan ubah masa lalu aku
kalau aku pergi balik masa lalu tu, boleh ke aku rasa apa yang aku patut rasa sekarang ni?
hmmm

mungkin antara kita rasa patut ubah masa lalu
patut aku kembali masa dulu
masa mula-mula aku nak suka dia
aku akan bagitau diri aku untuk tak suka dia
supaya tak lah aku rasa perit macam ni
perit nak move on
perit nak tengok rasa-rasa yang kau sendiri tak tahu dia wujud

hahahaha

tapi aku rasa aku okay je holding this
tahu sebab apa?
sebab sekurangnya Allah bagi aku rasa mencintai sesuatu yang kau tahu bukan milik kau
Allah bagi rasa untuk aku pertahankan rasa agar tak terbuai pada dia
Allah bagi rasa yang DIA lagi penting dari segalanya

bagi aku perkenalan dengan dia tu besar hikmahnya
banyak yang aku belajar dari dia
banyak yang aku letak penanda aras
bukan kerana aku ingin menjadi sebaik dia
atau ingin menjadi pendamping dia
tapi kerana aku tahu, aku tak mampu nak berdiri sebelah dia
maka aku mampu tersenyum sendiri dari jauh melihat kebahagiaan dia
dan aku cukup gembira
mungkin?
haha

setiap yang Allah coretkan pada kita itu
tiada yang sia-sia
semuanya indah tanpa kita sedar
Yakinlah semua akan hadir sesuatu yang lebih besar dari kita jangka
yakinlah Allah sentiasa ada untuk kita
yakinlah, ini semua ujian untuk dewasakan kita

selagi kita tak yakin dengan semua tu
kita takkan nampak hikmah yang Allah tuliskan untuk kita.

baru-baru ni aku ada beli satu buku
masa turun kl, masa my ex-partner during college kahwin
sebab masa wedding day tu tak dapat borak panjang
so before aku gerak balik terengannu
kami duduk lepak dan sembang
secara tiba-tiba aku terfikir
when the last time aku bercakap secara berhikmah dengan beliau

sesungguhnya memang dah lama gila. haha
sorry lah, masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing
but still, is good to catch up with people yang easily understand your feeling

so masa jalan-jalan tu kami singgah ke Popular
I was nak beli WOR(L)D by Budak Tomato je 
sebab buku tu takde lagi
tapi there one book berwarna biru
bertajuk BE COOL

Imej yang berkaitan
*this is the cover*

so basically, if you think your negativity semakin banyak
atau kau rasa down
atau kau rasa sorang
atau kau rasa everything macam tak betul

so cuba baca buku ni

there a lot of qoute and teguran membina
if you want to learnt about sabar dan redha
come, take this book dan ikhlaskan hati menerima semua yang di tulis untuk kita

saya takkan bercakap panjang mengenai buku ini
tapi this is really nice
rasa kena dengan jiwa
dan seperti teguran halus dari Tuhan yang Esa

tiada yang mudah dalam dunia ni
kalau mudah, masakan ada neraka kan? 
tapi ingat, syurga itu ganjaran
kita semua layak
tapi kita tak layak menghukum
kena ingat
kita bukan Tuhan
kita hamba yang sedang meniti jalan pulang menuju Tuhan

okay
I think I'm done for today.
wish me luck for my final
minggu depan marilah bersama-sama menghadapi nya

;)
till meet again
InsyaAllah

********************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku