XII

bismilahirahmanirahim


Laju Zaiha menarik kerusi di sebelah aku. 
nafasnya jelas tidak teratur.

"Anything?"

"Amir!"

" Amir? Amir mana?"

" Senior sekolah kita dulu tu. Alah, yang ketua pengawas tu."

Aku mencicip kopi di depanku. Nikmat! 

"Ingat tak?"

Ligat fikiran ku membuka kotak memori. Mencari gerangan yang bakal menjadi topik utama Zaiha.

"Kenapa dengan dia?"

Zaiha pamer senyum.  Aku paling wajah sekilas. Sudah ku tahu ke mana arah tuju perbualan kali ini. Not again.

" Dia tanya pasal awak."

Mata Zaiha bercahaya. aku berpura tak perasaan akan hal itu.

" Dia tanya macam-macam. Kita rasa dia suka kat awak."

Aku masih mencari wajah itu dalam kotak-kotak yang berselirat. Oh! sudah aku jumpa. Jejaka kurus, berkulit sawo matang, paling aku tidak suka, dia sering mengejek saiz badan ku.

"Awak dengar tak kita cerita ni?"

aku angguk perlahan. 

"So, awak tak kisah lah?"

"Kisah apa?"

entah kenapa hatiku jadi berdebar tiba-tiba.

" itukan, awak tak dengar. kita cakap, dia mintak nombor mak awak. dan kita pun bagi lah."

Aku lepaskan nafas segera.  Ah Sudah! apa nak jawab dengan mak ni.
 aku bingkas bangun meninggalkan Zaiha. 

" Awak! nak pergi mana?"

Tidak menghiraukan Zaiha aku keluar dari kedai itu. 
Destinasi aku cuma satu.

Rumah dan Mak!

*******************************************
 Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

Review: Ajarkan Aku Subjek Cinta.

Review: Aye Aye Tuan Presiden by Que Sera Sera

Bahagia