Kaklong
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
hari ni
hari paling aku rindu
aku rindu kaklong
jujur
aku rindu nak jalan-jalan dengan kaklong
aku rindu nak borak pasal hidup dengan kaklong
aku rindu nak mintak dia belanja itu ini
aku rindu nak cerita aku penat belajar
aku rindu nak cerita mak marah aku
aku rindu nak cerita aku punya impian
aku rindu nak cerita aku masuk contest menulis
aku rindu nak masa berdua dengan kaklong
aku rindu dengan perkongsian dengan kaklong
aku rindu kaklong sangat-sangat
dulu aku nak sangat kaklong kahwin
aku nak kaklong bahagia
aku nak kaklong rasa gembira
aku nak kaklong ada orang kurangkan beban dia
aku nak kaklong takyah susah2 pikir pasal aku dan abang2
ya.
kaklong dah kahwin
Allah dah makbulkan satu doa aku
tapi aku tak tahu kaklong bahagia ke tak
aku tahu Raqib tu kebahagian kaklong
dia juga kebahagian aku
selama ni aku lebih banyak rindukan Raqib
sebab aku jaga dia dari hari pertama lagi
makan pakai
kencing berak
mandi tidur
semua aku urus
masih juga sampai sekarang
tapi aku hilang masa dengan kaklong
no more thought of life
no more girls day
no more shopping tahap shopaholic
apa yang ada
aku balik
kaklong pesan jaga raqib
kaklong balik
aku duduk dalam bilik
kalau bercakap
kami bercakap soal Raqib
tiada lain
kalau dulu tersadai tepi jalan
takde siapa nak amik
kaklong datang
kalau dulu tak cukup duit belanja
kaklong akan hulur even rm10
kalau dulu cakap je nak pegi mana-mana
kaklong bawakkan
bersama rungutan dan kau tak kisah pun kakak kau akan bebel
sekarang
semua tu beban untuk dia
aku faham
kaklong penat
aku faham
masa dah berubah
aku faham
tak selamanya kaklong akan ada
cuma
aku rindu
aku rindu jadi adik perempuan kaklong yang kaklong nantikan sekian lama
tamakkah aku sekadar meminta kakak ku yang dulu?
tamakkah aku semata aku inginkan masa bersama kakak ku?
ya aku tamak
kerana dia bukan milik aku
dan aku bukanlah selamanya ada untuk dia
biarlah
Tuhan sedang ajarkan aku suatu hikmah
aku perlu redha
echa sentiasa doakan Kaklong bahagia
macam mana kaklong selalu bahagiakan echa
dari, Adik perempuan pertama yang kaklong ada.
******************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)