Cerita Dia

 bismilahirahmanirahim


Aku cuma mahu cari ruang yang aku boleh tulis. macam biasa sini takde siapa yang akan baca. 


Aku cuba faham dan kutip satu persatu apa yang pernah aku ada. 


terutama tentang dia. dia yang aku cinta.


Sejujurnya aku sentiasa tidak mengerti di tahap mana aku berada. di hatinya atau sekadar di matanya. 

kadang-kadang aku cuba prove the point yang tidak ada. sekadar untuk aku kononnya yakin dengan apa yang Allah bagi. tapi turn out it's all just aku, dalam kepala aku. 

Bila aku duduk dan hadam satu persatu. aku tahu apa yang dia buat, itu cinta. 


Dia sentiasa lewat untuk setiap janji temu. tapi dia tepat masa hari lahir aku. 

Dia tak berani sangat nak cuba makanan baru. tapi kalau aku yang hulur, dia rasa. 

dia tak suka kopi, tapi dengan aku dia sanggup teman berjam janji aku dapat secawan kopi. 

dia tak suka ramai orang, tapi dia redah kalau perlu untuk aku.

dia yang suka argue dengan semua benda, tapi dia mengalah dan tak tinggi suara dengan aku. 

Dia yang suka bercerita tentang aku dengan kawan-kawan dia.

Dia yang sentiasa cipta ruang untuk aku terus menulis.

dia yang sentiasa libatkan aku dalam rancangannya.

dia yang bagi orang lain tak pernah buat effort pada aku, sebenarnya sangat toleransi dengan segala hal pada aku. 


Jujurnya aku tak perlu bukti untuk tahu betapa cinta dia pada aku.

aku cuma bersyukur pada Tuhan sebab bagi aku ruang dan rasa ni. dalam banyak-banyak memori aku tahu, ini yang paling berharga untuk aku. 

aku tahu validation penting tapi cukup aku dengan dia sahaja yang tahu.


kalau nanti Allah tidak memakbulkan doa aku, ya tidak mengapa. aku akan terus berdoa. sebab aku percaya Allah itu sangat baik untuk aku. Allah dah jawab semua pertanyaan aku. tinggal lagi aku menafikan apa yang Allah nak bagi. Maka dengan itu, aku akan terus doa sampai nanti, hujung nyawa aku. moga aku dan dia di satukan di syurga nanti, 

Apa jua Allah takdirkan tika ini, aku tetap tahu Allah sedang menguji aku. :) 


****************

Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Bahagia cara aku