Bahagia cara aku
bismilahriahmanirahim
Kembali ke ruangan selamat ini.
Aku selalu percaya yang dia takkan menemui ruangan ini
bahkan sengaja aku biar ruang ini hidup untuk aku
cuma aku
dan itu bahagia aku.
bertahun-tahun akhirnya aku kembali ke sini.
ke ruang tempat aku meluah apa yang aku rasa.
aku kira aku sudah tenang
namun ada apa dengan tenang selagi mana aku tidak di uji.
Lalu ujian itu hadir mengukur sejauh mana kasih yang sanggup aku pertaruhkan.
Tuhan itu terlalu baik, apa lah sangat ujian kecil untuk aku
selagi aku mampu bertahan
aku mahu bertahan sebab Allah.
cukup demi Allah
bagi aku yang menghadiahkan rasa ini adalah Allah
maka cuma Allah sahaja yang akan mengambilnya kembali
bukan manusia
lalu tiada apa yang mampu aku korbankan lagi
selain rasa ini aku hadirkan untuk Allah
memenuhi kasih sayang aku sebagai hambaNya
yang percaya Allah tidak akan menguji aku dengan sia-sia.
Setelah aku fahami,
aku tak sangka semuanya akan berubah. mak cukuplah. cukuplah untuk aku melakukan apa yang mampu untuk dia. dan saat ini aku cuma mahu fokus pada diri aku. cukup diri aku yang mahu menajdi terbaik untuk aku. bukan sesiapa lagi. cukup aku merasa bahagia seperti ini.cukup aku mencintai dia diam di hati. itu bahagia aku sentiasa.
doa aku untuk dia memang tak pernah mati. selagi mana aku mampu untuk berdoa. jelas cukup di hati aku untuk mencintai dia dan Allah sebagai pengantara. cukup. dari dulu, Aku meletakkan Allah sebagai pengantara. sama seperti kini. cukup Allah
kalau ada yang baca mengatakan aku bodoh tidak mengapa. yang mengerti rasa aku cuma aku dan Allah. jadi biarkan Allah sahaja yang tahu.
moga baik-baik sahaja untuk aku.
***********
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)