Tanpa Kamu
bismilahirahmanirahim
Masih disini aku memilih untuk meluah resah yang terbuku di dada
akhirnya membawa aku dimana
kita bermula
keindahan yang sementara aku ingin itu
dengan candunya memberi aku bahagia
kelekaan duniawi dalam menganyam cinta kita
buat aku tahu
akhirnya ini bukan bahagia
ini cuma seronok sahaja.
dahulu tika aku sedih memerhati engkau dari jauh
aku sudah cukup merasa ah ini sangat perih
tapi aku bahagia
melihat kau bahagia aku turut gembira
bahkan bertahun aku hidup di himpit resah itu
tapi aku bahagia dengan cara ku
bertahun akhirnya Tuhan menyatukan kita dalam ruang yang sama
rasa ragu yang aku takutkan itu
membawa kita mencipta memori bahagia
aku leka
tapi aku gembira
aku senang
tapi aku sedar aku hilang seri yang menyelebungi hidupku
aku hilang ratusan tenangku
yang hadir gelisah
dan kebimbangan yang sentiasa menajadi sahabat sejati
lalu aku berhenti sejenak
mencari tahu apa erti Tuhan mahukan aku tahu
mana mungkin keinginan aku tentang kamu itu
harus mengikut apa yang aku mahu
apakah aku paling terbaik merencanakan hal dunia ku?
bukan tuhan?
terkesima yang membawa aku ke sini
ke ruang paling selamat dalam hidupku
ke ruang paling damai dalam hatiku
ke ruang sebagaimana kali pertama
aku jatuh kepadamu
kali pertama
aku bertemu dengan mu
kali pertama
aku merasa kecewa dengan dengan mu
kali pertama
untuk kita itu
Tuhan sangat baik dengan ku
bahkah setiap langkah aku melupakanNya
masih lagi aku diberi peluang untuk kembali
sekali lagi
aku memilih diri ku
sekali lagi
aku cuma mahu jatuh pada diriku
sekali lagi
aku cuma bahagia
tanpa kamu.
****************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)